
Tarikh | Penceramah | Tajuk |
---|---|---|
19/01/2025 | Ustaz Hairulazam Abd Rahman | — |
Nota Kuliah
Surah Maryam ayat 16-21
Dalam surah ini, diceritakan kisah Saiyadatina Mariam, ibu kepada Nabi Isa A.S., yang tinggal di sebuah tempat di Timur. Mariam merupakan anak kepada Imran dan mempunyai hubungan keluarga dengan Nabi Zakaria A.S., di mana isteri Nabi Zakaria adalah kakak kepada Mariam dan ibu kepada Nabi Yahya.
Saiyadatina Mariam dijadikan anak angkat dan ditempatkan di sebuah bilik khas untuk beribadah.
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur. Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya. — Ayat 16-17
Ketika Nabi Zakaria A.S. menjaga Mariam, berlaku beberapa perkara yang menakjubkan. Nabi Zakaria sering menghantar makanan kepadanya, tetapi didapati makanan sudah tersedia di sisi Mariam.
Untuk menjaga Saiyadatina Mariam, Nabi Zakaria membina tabir pelindung. Lalu, Allah mengutuskan malaikat Jibril kepada Mariam, membawa roh yang menyerupai seorang manusia. Ketika melihat Jibril, Mariam berkata;
"Sesungguhnya aku berlindung kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sekiranya engkau seorang yang bertakwa."— Ayat 18
Malaikat Jibril menjawab:
"Aku hanyalah utusan Tuhanmu, untuk menyampaikan berita gembira kepadamu bahawa engkau akan dikurniakan seorang anak lelaki yang suci."— Ayat 19
Saiyadatina Mariam bertanya:
"Bagaimana aku boleh mempunyai anak lelaki sedangkan aku tidak pernah disentuh oleh lelaki, dan aku bukan seorang wanita yang jahat?" — Ayat 20
Malaikat Jibril berkata:
"Demikianlah Tuhanmu berfirman: perkara itu mudah bagi Allah."— Ayat 21
Dalam ayat lain, Allah menjelaskan bahawa manusia diciptakan menurut kehendak-Nya. Sebagai perbandingan, Nabi Adam dan Hawa diciptakan tanpa ibu dan bapa.
Nabi Zakaria yang sudah tua turut terkejut apabila dikurniakan seorang anak, sedangkan isterinya juga telah tua. Allah menjelaskan:
"Ini adalah perkara mudah bagi Allah."
Allah menetapkan bahawa Nabi Isa A.S. dilahirkan tanpa bapa sebagai tanda kekuasaan-Nya. Malaikat Jibril menyampaikan kepada Saiyadatina Mariam:
"Allah mengurniakanmu seorang anak tanpa seorang bapa."
Maka, Saiyadatina Mariam menerima ketentuan ini dengan reda.
Pengajaran
Agama menjadi rosak kerana manusia terlalu mengikut akal. Contohnya mereka memikirkan dan meragui kebolehan imam besar seperti Imam Bukhari yang mampu menghafal hadis.
Allah menjadikan kelahiran Nabi Isa (tanpa bapa) sebagai tanda kebesaran Allah yang berhak melakukan apa sahaja yang dikehendakinya.
Maryam merupakan anak saudara sabit kepada Nabi Zakaria, diletakkan di masjid untuk berkhidmat sebagaimana nazar ibunya.
Untuk menjadi seseorang itu redha ia memerlukan keyakinan yang penuh terhadap ketentuan Allah, tanpa sebarang protes.
Gambar-Gambar




























Nota

Catat Ulasan