Lawatan Sambil Belajar KAFA Imtiyaz ke Kuala Lumpur dan Putrajaya

12 Oktober 2024 — KAFA Imtiyaz, Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) mengadakan rombongan ke Kuala Lumpur hari ini. Rombongan yang disertai oleh 77 orang murid itu diiringi oleh sebelas orang guru pengiring, diketuai oleh Puan Nurkamalia dan Puan Emy Nadiah.

Anak-anak KAFA Imtiyaz mula berkumpul di ruang parkir MTTJ seawal jam 6.30 pagi dan seterusnya bergerak ke Kuala Lumpur dengan dua buah bas peranginan yang disewa khas untuk tujuan tersebut. Lawatan KAFA MTTJ ini telah mendapat kelulusan dari pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Dalam lawatan sehari ke Kuala Lumpur ini, anak-anak akan dibawa melawat Kilang Coklat Beryl's, yang akan memberikan mereka peluang untuk belajar tentang proses pembuatan coklat dan meneroka alam sains dan teknologi. Seterusnya anak-anak akan dibawa ke Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya, iaitu pusat percetakan Al-Quran kedua terbesar di dunia.

Rombongan dijadualkan pulang semula ke Temerloh pada petang ini dan dijangka tiba di Temerloh sekitar jam 10.00 malam.

KLIK UNTUK LIHAT TENTATIF PROGRAM

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama