
27 April 2025 — Pada petang ini, Program Lawatan Penanda Aras Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) telah menerima kunjungan daripada pengurusan Masjid Ar Ridwan, Pekan Sungai Tong, Setiu, Terengganu.
Seramai 49 orang peserta, diketuai oleh Pengerusi Masjid, telah diraikan dalam satu sesi taklimat yang disampaikan oleh Encik Zulhanee Mohamed, Timbalan Setiausaha MTTJ, bertempat di Dewan Seminar MTTJ.
Taklimat yang disampaikan menjurus kepada modul serta strategi pengimarahan yang diamalkan di MTTJ, sebagai panduan perkongsian amalan terbaik.
Memandangkan kekangan masa yang dihadapi, sesi taklimat telah diadakan dalam dua pusingan, iaitu sebelum dan selepas solat Zohor, bagi memastikan semua peserta mendapat maklumat yang lengkap dan menyeluruh.













Catat Ulasan