
Tarikh | Penceramah | Tajuk |
---|---|---|
14/05/2025 | Ustaz Mohd Asri Awang | — |
MUKADDIMAH
Segala puji bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala yang dengan izin-Nya, hamba-hamba-Nya masih dapat mendekatkan diri kepada-Nya bagi mencari keberkatan dalam kehidupan. Mudah-mudahan Allah memandang dengan pandangan rahmat dan menguatkan hati serta kehidupan hingga ke akhir hayat. Selagi diberi kemampuan, masjid menjadi tempat utama untuk kembali. Masjid ialah tempat yang didatangi setiap hari, dan tidak ada tempat lain yang dianjurkan untuk dikunjungi dengan tujuan ibadah melainkan tiga masjid: Masjid al-Haram, Masjid Nabawi, dan Masjid al-Aqsa. Sebagaimana sabda Rasulullah ï·º.
Janganlah kamu bersusah payah mengembara (atau bermusafir bagi tujuan ibadah) melainkan pada tiga buah masjid iaitu masjid al-Haram, masjid Rasulullah SAW (Nabawi) dan juga masjid al-Aqsa. — HR. Bukhari no.1189
Selain tiga masjid tersebut, kehadiran ke mana-mana masjid tetap menjadi wasilah untuk berhubung dengan Allah. Kedamaian yang dikurniakan ketika berada di rumah Allah merupakan anugerah yang tidak ternilai. Mereka yang dalam keadaan risau, apabila berada di masjid, Allah campakkan ketenangan dalam diri mereka. Walaupun tidak dapat menyelesaikan semua masalah kehidupan, namun ketenangan itu cukup sebagai penawar.
Nilai tersebut tidak boleh diukur dengan wang ringgit. Ia lahir daripada sifat tunduk dan merendah diri kepada Allah. Dan yang demikian itu merupakan asas kepada taqwa. Maka masjid ini berdiri atas dasar taqwa, sebagaimana yang dikehendaki dalam agama.
HUKUM PERKAHWINAN KERANA SUSUAN
Terdapat tujuh golongan wanita yang diharamkan untuk dikahwini kerana sebab susuan. Dalam al-Quran hanya disebut dua golongan sahaja secara langsung, namun dalam hadis dinyatakan dengan lebih lengkap bahawa terdapat tujuh kesemuanya.
Ibu kepada wanita yang menyusukan bayi itu pula menjadi nenek susuan kepada bayi tersebut, sebagaimana nenek kandung, dan hukum pengharaman perkahwinan adalah kekal selama-lamanya. Hubungan ini mengikat sebagaimana hubungan darah dan tidak boleh dikahwini selama-lamanya.
Ini bermaksud bahawa hukum pengharaman perkahwinan kerana susuan sama seperti hukum pengharaman kerana nasab.
Oleh sebab itu, sesiapa yang terlibat dalam susuan hendaklah mencatat dan merekodkan hubungan susuan tersebut dengan jelas bagi mengelakkan kekeliruan pada masa akan datang. Ini kerana hubungan susuan boleh menjadikan seseorang itu mahram selama-lamanya.
5. Ibu Saudara Susuan
Golongan kelima ialah ibu saudara susuan, iaitu adik-beradik kepada bapa susuan atau ibu susuan. Mereka adalah mahram kepada seseorang yang menjadi anak susuan kepada keluarga tersebut. Maka, seseorang itu tidak boleh mengahwini ibu saudara susuan walaupun tidak mempunyai pertalian darah sebenar, kerana hukum susuan menyamakan kedudukan dengan nasab.
















Catat Ulasan