BKS MTTJ Santuni Dua Ahli Kariah Dalam Ziarah Kasih


14 Mei 2025 — Biro Kebajikan dan Sosial (BKS), Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassnal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) telah menziarahi dua orang ahli kariah MTTJ yang diuji dengan masalah kesihatan.


Lawatan pertama telah dibuat ke kediaman En. Mazlan bin Taib di Jalan TJ 8/7A. Difahamkan bahawa beliau telah menjalani prosedur pemotongan kaki di bawah paras lutut akibat komplikasi penyakit kencing manis.


Selesai lawatan tersebut, rombongan BKS turut meneruskan ziarah ke rumah Puan Mahani binti Semail di Jalan TJ 1/11. Puan Mahani sedang diuji dengan kanser payudara. Untuk rekod, pihak BKS sebelum ini telah menghantar sebuah katil khas ke rumah Puan Mahani pada 28 April 2025 sebagai sokongan awal terhadap keperluan beliau.


Kedua-dua kunjungan yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi ini disertai oleh lima orang wakil BKS, iaitu En. Manaff Safien, En. Nasran Hussin, En. Jasni Ismail, En. Azmi Ahmad, En. Borhan Mohd Marzuki, Pn. Hasnah Mat Yassin dan Pn. Zaleha Haron.


En. Ab Manaff Safien, yang juga pengerusi BKS, memaklumkan bahawa lawatan ini adalah mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa dan pegawai MTTJ dalam menzahirkan rasa prihatin terhadap ahli kariah yang sedang diuji. Turut disampaikan dalam ziarah tersebut ialah sedikit sumbangan daripada pihak masjid sebagai tanda sokongan dan kepedulian komuniti.


Lawatan ditutup dengan bacaan doa agar kedua-dua pesakit dan keluarga mereka diberikan kekuatan, kesabaran, serta ketabahan dalam menghadapi ujian daripada Allah SWT.


Ziarah Kasih 1: Jalan TJ 8/7A

 

Ziarah Kasih 2: Jalan TJ1/11
Gambar Tersembunyi

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama