Waktu Solat Temerloh Jaya

1 Ramadan

--- hari lagi

1 Syawal

--- hari lagi

1 Muharam

--- hari lagi

Maulid Nabi

--- hari lagi

Ziarah Kasih Biro Kebajikan dan Sosial MTTJ (13 Jun 2026)


13 Jun 2026 — Pengerusi Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ), Dr. Haji Abdullah Ismail, bersama Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial (BKS) MTTJ, En. Ab Manaff Safien, En. Jasni Ismail serta Pengerusi Biro Pendidikan dan Sahsiah Remaja MTTJ, En. Zulfakar Sabri, telah mengadakan kunjungan Ziarah Kasih ke kediaman Penolong Bendahari MTTJ, En. Sh Zainal, pada petang ini.

Kunjungan yang berlangsung kira-kira jam 5.00 petang selepas solat Asar itu bertujuan menzahirkan sokongan dan keprihatinan pihak masjid terhadap keadaan kesihatan En. Sh Zainal yang baru pulih daripada masalah saluran jantung tersumbat.


Difahamkan, beliau sebelum ini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk menjalani prosedur pemasangan stent. Beliau kemudiannya ditempatkan semula di Unit Rawatan Rapi (ICU) HoSHAS Temerloh bagi tujuan pemantauan lanjut.


Keadaan kesihatan En. Sh Zainal dilaporkan semakin bertambah baik dan beliau telah dibenarkan pulang ke rumah pada 12 Jun lalu. Rombongan MTTJ turut mengambil kesempatan menzahirkan sokongan dan mendoakan agar beliau segera sembuh serta dapat kembali menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

 

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama