
17 Jun 2026 — Pertandingan Azan (Pencarian Muazzin Muda) telah berlangsung sempena Karnival Maal Hijrah Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) 1448H di Dewan Solat MTTJ pagi ini.
Program anjuran Biro Pendidikan & Sahsiah Remaja itu diselaraskan oleh Ustaz Ahmad Adnan bin Mat Salleh, manakala tugas pengacaraan majlis dikendalikan oleh En. Irwan bin Ismail.
Pertandingan tersebut mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan seramai 20 peserta yang terdiri daripada 11 peserta sekolah rendah dan sembilan peserta sekolah menengah.
Penilaian pertandingan telah dijalankan oleh barisan hakim berpengalaman iaitu Imam Muhammad Aizat Hafizi bin Zulkfle, Imam 1 Masjid Sultan Abu Bakar Temerloh; Azmiruddin bin Ismail, Guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia; serta Haji Othman bin Mohamad, Bilal MTTJ.
Pertandingan ini menjadi antara acara yang mendapat perhatian pengunjung sepanjang Karnival Maal Hijrah MTTJ 1448H, sekali gus memberi peluang kepada para peserta untuk menampilkan bakat dan kemahiran mereka dalam mengalunkan azan.
Program yang bermula dari jam 8.15 pagi ini berakhir pada jam 10.45 pagi.


Catat Ulasan