19 November 2025 — Seramai lebih kurang 200 orang pelajar daripada enam buah sekolah menengah di daerah Temerloh menyertai Program gotong-royong pembersihan di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) pada hari ini. Program tersebut menghimpunkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Semantan, Sekolah Menengah Kebangsaan Hwa Lian, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau, Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau, Kolej Vokasional Temerloh, dan Kolej Vokasional Puteri.
Para pelajar tiba di perkarangan masjid sekitar jam 10.00 pagi sebelum sesi pembahagian tugas dimulakan. Pembahagian tugasan tersebut dikendalikan oleh Setiausaha MTTJ, Tuan Haji Zulkanain Hashim, yang menyelaraskan peserta kepada sepuluh kumpulan bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan di kawasan yang telah ditetapkan.
Acara penutup program ini disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi MTTJ, Dato’ Zainal Abidin Md Amin, yang merakamkan penghargaan atas penyertaan para pelajar serta menegaskan kepentingan aktiviti khidmat masyarakat dalam membentuk disiplin dan semangat sukarelawan dalam kalangan generasi muda.
Majlis berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari.
Catat Ulasan