π Aktiviti 4 Jun 2026 (Khamis)
| Masa & Lokasi | Butiran Aktiviti | Galeri Gambar |
|---|---|---|
|
5.30 PTG - 6.00 PTG π TJ 8/2 ke TJ 2/3, Taman Temerloh Jaya |
Pemindahan Katil Wakaf: Lebih kurang jam 5.30 petang, pihak BKS telah mengambil sebuah katil di rumah En. Samingin Yaacob (TJ 8/2) yang sebelum ini mengalami kecederaan paha. Katil berkenaan kemudiannya terus dihantar ke rumah Puan Ramizah di TJ 2/3 Taman Temerloh Jaya yang sedang mengalami serangan stroke. Semoga dengan kemudahan katil wakaf MTTJ ini dapat memberi keselesaan kepada Puan Ramizah dalam proses penyembuhan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Pelaksanaan: Urusan pengambilan dan penghantaran katil ini telah diselia sepenuhnya oleh AJK BKS iaitu En. Nasran dengan menggunakan khidmat lori En. Mizi. Keseluruhan aktiviti selesai dengan lancar sekitar jam 6.00 petang. |
|
×
Catat Ulasan