| Tarikh | Penceramah | Tajuk |
|---|---|---|
| 18/12/2024 | Ustaz Dr. Ahmad Irfan Ikmal Hisham | — |
Ibrah Dari Syria
Kuliah pada malam ini menjurus kepada perkembangan terkini di Syria, khususnya Kota Damsyik, menunjukkan kebangkitan semula selepas kejatuhan pemimpin terdahulu. Sejarah Syam, yang meliputi Syria, Jordan, Lubnan, dan selatan Turki, turut menjadi tumpuan, mengingatkan kita bahawa ia adalah bumi yang diberkati.
Syam telah melahirkan ramai ulama terkemuka seperti Imam al-Awza'i, Imam al-Nawawi, Ibn Kathir, Imam Ibn Taymiyyah, Imam Ibn Qayyim al-Jawzi, Dr. Wahbah Zuhaiy, Sheikh Ramadan al-Bouti, dan lain-lain.
Turut dibincangkan ialah sebuah gagasan pemerintah yang berjuang di wilayah tersebut iaitu Hay’at Tahrir al-Sham (HTS).
Sejarah Geografi Syria
Pada zaman Nabi SAW, kawasan barat Syria dikenali sebagai Khurasan dan Najd.
Kawasan sekitar Syria dipanggil Syam, yang merupakan wilayah yang luas dengan ibu kotanya Damsyik.
Bukit Golan dahulu milik Syria tetapi dirampas oleh Is-ra**el. Bukit ini merupakan sebuah lokasi yang sangat strategik dan ada sebuah tasik di situ bernama Tasik Tobariah yang dikaitkan dengan tanda-tanda akhir zaman. Menurut hadis, Ya'juj dan Ma'juj akan minum air dari tasik ini sehingga kering menjelang akhir zaman.
Lubnan dahulunya sebahagian daripada Syria tetapi dipecahkan oleh Perancis. Kawasan pantai antara Tartus dan Latakia merupakan tempat asal keluarga Asad.
Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Beruntunglah penduduk Syam." Kami bertanya: Mengapa demikian, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: "Kerana malaikat rahmat mengembangkan sayapnya di atas Syam."
— HR. Tirmidzi no. 3954

Catat Ulasan