16 Disember 2024 – Peperiksaan Akhir Tahun KAFA Imtiyaz di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) telah bermula hari ini, melibatkan pelajar-pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 4 serta Tahun 6.
Menurut Guru Besar KAFA Imtiyaz, Ustazah Fazidah binti Kamarudin, peperiksaan ini akan berlangsung selama enam hari, bermula 16 hingga 21 Disember 2024. Bagi sesi peperiksaan utama yang dijalankan antara 16 hingga 19 Disember 2024, pelajar-pelajar akan ditempatkan di ruang peperiksaan yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Tahun 1 (35 pelajar): Kabin
- Tahun 2 (52 pelajar): Kabin & Kelas
- Tahun 3 (54 pelajar): Kelas Belakang & Luar Belakang
- Tahun 4 (55 pelajar) & Tahun 6 (15 pelajar): Foyer
Dalam pada itu, pelajar Tahun 5 tidak terlibat dalam peperiksaan kali ini. Sebagai alternatif, mereka direhatkan dan akan diberikan tugasan latih tubi Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) sebanyak tiga set untuk diselesaikan dalam tempoh dua minggu.
Catat Ulasan