```html
INFO
Sedang memuatkan jadual terkini...
```

Waktu Solat Temerloh Jaya

1 Ramadan

--- hari lagi

1 Syawal

--- hari lagi

10 Zulhijjah

--- hari lagi

Maulid Nabi

--- hari lagi

Kuliah Maghrib 16 Disember 2024, Ustaz Razemi Kasim

Tarikh Penceramah Tajuk
16/12/2024 Ustaz Razemi Kasim

Nota Kuliah

Syukur kepada Allah SWT kerana masih memberi kita kehidupan dan nikmat nafas. Oleh itu, janganlah kita mensia-siakan anugerah Allah yang sangat berharga ini. Sebagai hamba-Nya, kita wajib mengabdikan diri kepada Allah, tempat di mana kita semua akan dikembalikan. Sesungguhnya, kita tidak tahu bilakah masa Allah akan mengambil kembali nyawa kita.


Tajuk: Tidur
(Kitab Al-Azkar)

Kepentingan Amalan Sebelum Tidur

Topik ini sangat penting kerana terdapat banyak amalan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW untuk dilakukan sebelum tidur.


Bab: Apa yang Dibaca Ketika Terjaga dari Tidur dan Tidak Boleh Tidur Kembali

Zaid bin Tsabit pernah mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa beliau mengalami kesukaran tidur pada waktu malam. Lalu, Baginda mengajarkan doa berikut:

اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ أَهْدِئْ لَيْلِيْ وَأَنِمْ عَيْنِي


Maksudnya: "Ya Allah, bintang-bintang telah tenggelam dan mata-mata telah tenang. Engkau adalah Zat yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Tegak, tidak dipengaruhi oleh kantuk ataupun tidur. Wahai Zat Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Tegak, tenangkanlah malamku dan tidurkanlah mataku."

Menurut riwayat, Zaid mengamalkan doa ini, lalu kegelisahannya hilang dan beliau dapat tidur dengan tenang. Doa ini turut dinukilkan oleh Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar sebagai salah satu amalan untuk mengatasi kesukaran tidur pada waktu malam.


Kisah Khalid bin Walid

Terdapat sebuah lagi kisah mengenai Khalid bin Walid yang pernah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang kesulitannya tidur pada waktu malam. Namun begitu, hadis ini mempunyai kelemahan dari segi sanadnya.

Diceritakan bahawa Khalid bin Walid memohon kepada Rasulullah SAW agar diajarkan doa untuk mengatasi gangguan tersebut. Rasulullah lalu mengajarkan doa perlindungan kepada Allah yang memohon penjagaan daripada murka Allah, gangguan manusia, dan syaitan.

اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَمَا أَظَلَّتْ، وَرَبَّ أَرْضِنَا وَمَا أَقَلَّتْ، وَرَبَّ الشَّيَاطِينِ وَمَا أَضَلَّتْ، كُنْ لِي جَارًا مِنْ خَلْقِكَ كُلِّهِمْ جَمِيعًا ...

Maksudnya: "Ya Allah, Tuhan langit yang tujuh, bumi yang tujuh, dan segala yang ada di bawah naungannya..."

Gambar-Gambar
Nota
Gambar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama