INFO
Sedang memuatkan jadual terkini...
```

Waktu Solat Temerloh Jaya

1 Ramadan

--- hari lagi

1 Syawal

--- hari lagi

10 Zulhijjah

--- hari lagi

Maulid Nabi

--- hari lagi

Kuliah Maghrib 15 Disember 2024, Ustaz Dr. Hasbullah Mohamad

Tarikh Penceramah Tajuk
15/12/2024 Ustaz Dr. Hasbullah Mohamad

Nota Kuliah


Mukaddimah

Amanah adalah satu kemuliaan yang hanya akan benar-benar terzahir apabila seseorang melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jujur dan ikhlas. Orang yang berwawasan akhirat pasti menyedari bahawa tanggungjawab di dunia bukan sekadar urusan duniawi, tetapi bekalan untuk menjawab di hadapan Allah kelak.


Amanah di Dunia dan Akhirat

Setiap individu yang diberi amanah akan dipertanggungjawabkan, sama ada amanah itu melibatkan kehidupan umum atau khusus seperti tugas seorang kerani, pengurus syarikat, atau pemimpin masyarakat. Jika seseorang berjaya melepasi penghakiman manusia di dunia, penghakiman Allah di akhirat tetap tidak akan terlepas. Maka, amanah perlu dijaga dengan hati-hati, terutamanya amanah yang melibatkan hubungan dengan manusia dan harta orang awam, kerana kebanyakan dosa besar berkait rapat dengan pengkhianatan terhadap hak orang lain.


Takwa dan Amanah

Orang yang bertakwa menyedari bahawa ujian dan amanah adalah peluang untuk menambah keberkatan hidup. Mereka memahami bahawa setiap ujian datang dengan hikmah, dan Allah akan memberi mereka lebih kebaikan atas ketakwaan mereka.


Kisah Abu Darda’ dan Salman al-Farisi

Kisah Abu Darda’ menjadi pengajaran tentang kepentingan menjaga amanah, termasuklah hak terhadap badan. Ketika beliau terlalu sibuk sehingga mengabaikan waktu rehat, Salman al-Farisi menegurnya dengan mengingatkan bahawa badan juga ada haknya. 


MENGGELAPKAN HARTA AWAM, BAITULMAL & ZAKAT

Menggelapkan harta kerajaan, dana awam, harta rampasan perang, baitulmal, zakat, dan lain-lain amanah yang diberikan merupakan perbuatan dosa besar dalam Islam.

Perbuatan ini melibatkan pengkhianatan terhadap amanah yang diberikan oleh Allah dan masyarakat.


HIDUP DAN HARTA ADALAH AMANAH

Dalam Bahasa Arab, perkataan “Amanah” berasal daripada kata amana yang bermaksud “keamanan” atau “kepercayaan.”


Amanah merujuk kepada sesuatu yang diserahkan kepada orang untuk dijaga dengan rasa tanggungjawab tanpa sebarang pengkhianatan.


Amanah juga merujuk kepada tanggungjawab atau kepercayaan yang diberikan kepada seseorang untuk menjaga, melaksanakan, atau memelihara sesuatu dengan penuh integriti dan tanggungjawab.


Amanah terbahagi kepada dua kategori:

  1. Amanah daripada Allah – kehidupan (hamba dan khalifah).
  2. Amanah antara manusia – hubungan sesama makhluk (syarikat, pekerjaan dll)


Kepentingan Menjaga Amanah

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menghukum di antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil." — An-Nisa': 58

Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang kami lantik untuk suatu urusan, lalu dia menyembunyikan sesuatu darinya, maka pada Hari Kiamat dia akan datang membawa apa yang disembunyikannya di lehernya." —HR.Muslim no.1833


Menggelapkan Zakat: Pelanggaran Hak Allah dan Hak Asnaf

Zakat bertujuan untuk membantu golongan asnaf. Menggelapkan zakat bermaksud menafikan hak Allah dan hak mereka yang berhak menerimanya.

"Sesungguhnya orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih." — At-Taubah: 34


Ketegasan Terhadap Penggelapan Harta Awam dalam Sirah Islam

  • Khalifah Umar bin Al-Khattab

    Beliau sering berpesan kepada pegawainya agar tidak membazirkan harta atau menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi. Jika mengetahuinya, beliau segera memecat dan menghukum pegawai tersebut.

  • Khalifah Umar bin Abdul Aziz

    Digelar khalifah kelima, terkenal dengan keadilan dalam mengurus harta baitulmal dan sentiasa berhati-hati dalam agihannya.


Kesimpulan

Menggelapkan harta kerajaan, zakat, dan dana awam adalah dosa besar yang merosakkan kepercayaan masyarakat, melemahkan institusi Islam, dan mendatangkan kemurkaan Allah.

Gambar-Gambar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama