BKS MTTJ — MyFundAction Serah 50 Kotak Rezeki Kepada Asnaf Komuniti Temerloh Jaya


1 Januari 2025 – Sebanyak 50 kotak bantuan MyFund telah diserahkan kepada golongan asnaf di komuniti Taman Temerloh Jaya (MTTJ) pada pagi ini melalui program amal yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan dan Sosial, Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (BKS MTTJ) dengan kerjasama NGO MyFund Action. 


Program yang bermula pada jam 10.00 pagi di Dapur Masjid ini melibatkan penyertaan aktif AJK BKS iaitu Pn. Emy Nadia Azman (Setiausaha), Pn. Zaleha Haron dan En. Azmi Ahmad yang dibantu oleh team remaja di bawah seliaan En. Hamdan Saidin.


Menurut Pengerusi BKS MTTJ, En. Ab Manaff Safien, sebanyak 50 kotak disumbangkan oleh MyFund Action dengan nilai setiap kotak ialah RM100, dan sumbangan ini dibuat setiap bulan oleh MyFundAction melalui BKS MTTJ. 


En. Ab Manaff kini berada di Kelantan dalam misi menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir di negeri tersebut. Misi tesebut turut disertai oleh empat AJK BKS iaitu; En, Jasni Ismail, En. Borhan Mohd Marzuki dan En. Nasran Hussin.


Program berakhir pada jam 12.00 tengah hari dengan penyampaian bantuan berjalan lancar.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama