Taklimat Khas Bersama Ibu Bapa Penjaga Calon UPKK 2025 KAFA Imtiyaz MTTJ



13 Januari 2025 — Satu taklimat khas untuk ibu bapa dan penjaga calon Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2025 telah diadakan pada petang ini bertempat di Dewan Seminar, Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ).


Taklimat yang dianjurkan oleh pihak KAFA Imtiyaz MTTJ itu bertujuan memberikan maklumat awal berkaitan ujian UPKK kepada ibu bapa atau penjaga pelajar Tahun 5 yang bakal menduduki peperiksaan tersebut pada tahun 2025.


Antara lain tujuan taklimat yang disampaikan oleh Ustazah Fazidah binti Kamarudin, Guru Besar KAFA Imtiyaz ini adalah untuk memastikan ibu bapa penjaga mendapat gambaran jelas tentang persediaan akademik, serta keperluan yang perlu dipenuhi oleh calon UPKK. 


Taklimat turut disusuli dengan sesi soal jawab, di mana ibu bapa berpeluang mengajukan soalan-soalan berkaitan kepada pihak KAFA Imtiyaz MTTJ. 


Program berakhir pada jam 3.50 petang.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama