
12 Februari 2025 — Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Badan Khairat Kematian Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ), Bil. 1/2025 telah diadakan malam ini bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan pengurusan dan aktiviti badan khairat.
Antara agenda utama yang dibincangkan ialah menyemak peratus keaktifan ahli, merancang gotong-royong pembersihan kubur, serta menyusun pemantapan gerak kerja dalam semua sektor badan khairat. Selain itu, laporan kewangan turut dibentangkan bagi memastikan ketelusan dan kelancaran operasi badan khairat.
Mesyuarat ini diadakan bagi memperkukuh peranan badan khairat dalam memberikan khidmat terbaik kepada ahli dan komuniti setempat.





Catat Ulasan