Pemindahan 100 Kotak Bantuan MyFundAction ke Kabin KAFA MTTJ


1 Februari 2025 – Pada malam ini, Biro Kebajikan dan Sosial (BKS), Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) telah bekerjasama melaksanakan aktiviti pemindahan 100 kotak sumbangan dari NGO MyFundAction.


Aktiviti ini melibatkan beberapa orang AJK BKS, antaranya En. Azmi, En. Jasni, dan En. Amy, dengan sokongan daripada Biro Remaja yang diketuai oleh En. Hamdan. Kotak-kotak bantuan tersebut akan disimpan sementara di kabin KAFA MTTJ sebelum diagihkan kepada golongan yang memerlukan.


Pengerusi BKS MTTJ, En. Ab Manaff Safien, merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga dalam menjayakan aktiviti ini.

Melepaskan lelah di gerai MPT Taman Temerloh Jaya

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama