INFO
Sedang memuatkan jadual terkini...
```

Waktu Solat Temerloh Jaya

1 Ramadan

--- hari lagi

1 Syawal

--- hari lagi

10 Zulhijjah

--- hari lagi

Maulid Nabi

--- hari lagi

Taklimat Kesedaran Denggi oleh PKD di Dewan Solat MTTJ


7 Februari 2025 —Satu taklimat ringkas mengenai kesedaran denggi telah diadakan di Dewan Solat Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) sebelum masuk waktu solat Jumaat pada hari ini.


Taklimat ini disampaikan oleh Dr. Mohd Naqiuddin bin Mohd Yusof, Pegawai Perubatan dari Unit Vektor Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh (PKD).


Dr. Mohd Naqiuddin menekankan situasi semasa denggi di komuniti Temerloh Jaya dan negeri Pahang amnya. Menurut beliau, Pahang merupakan salah satu daripada tujuh negeri yang menunjukkan kecenderungan peningkatan kes denggi, dengan jumlah keseluruhan 1,900 kes setakat ini.


Di daerah Temerloh sahaja, sebanyak 404 kes telah direkodkan, meningkat hampir tiga kali ganda berbanding 150 kes pada tahun 2023. Walaupun tiada kematian dilaporkan, angka ini membimbangkan dan memerlukan tindakan segera daripada masyarakat.


Sesi taklimat diteruskan oleh Dr. Mohd Naqiuddin dengan menerangkan gejala-gejala denggi, langkah awal yang perlu diambil sekiranya mengalami simptom, serta langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan untuk membasmi wabak tersebut.


Beliau turut mengingatkan bahawa pemilik premis yang didapati cuai sehingga menyebabkan pembiakan nyamuk Aedes boleh dikenakan kompaun sebanyak RM250. Jika premis tersebut berada dalam kawasan wabak, kompaun boleh meningkat sehingga RM500.


Pejabat Kesihatan Daerah menggesa penduduk agar lebih berwaspada dan bersama-sama mengambil langkah pencegahan bagi mengekang peningkatan kes denggi di komuniti Temerloh Jaya.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama