Kuliah Subuh 9 Mac 2025, Ustaz Hairulazam Abd Rahman

Tarikh Penceramah Tajuk
09/03/2025 Ustaz Hairulazam Abd Rahman

Nota Kuliah

“Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu adalah menderhaka kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya”.Maryam 19:44

 

Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab dari (Allah) Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah yang lainnya; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi Syaitan di dalam neraka”.Maryam 19:45

 

(Bapanya) menjawab: “Adakah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti (daripada menyeru dan menasihati daku) sudah tentu aku akan melontarmu dengan batu; dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa”.Maryam 19:46

 

Nabi Ibrahim berkata: “Selamat tinggallah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Dia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku”.Maryam 19:47

 

Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)”.— Maryam 19:47



Pengajaran:
Nabi Ibrahim tetap berbicara dengan lembut kepada bapanya walaupun dakwahnya ditolak, mengajar kita untuk berakhlak baik dalam berdakwah. Meskipun tiada balasan, baginda terus memberi nasihat dengan penuh kesabaran. Ini mengingatkan kita agar sentiasa berbicara dengan lembut, terutama sekali ketika dengan ibu bapa. 
Sebagai contoh, bapa Nabi Ibrahim bukan sahaja tidak menyembah Allah, malah merupakan seorang pembuat berhala, namun baginda tetap menasihatinya dengan penuh hormat dan kesantunan.


Kasih sayang Nabi Ibrahim kepada bapanya dapat dilihat apabila baginda merasa risau ayahnya akan terkena azab Allah kerana tidak menyembah Allah SWT.

Gambar-Gambar
Nota
Gambar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama