
Tarikh | Penceramah | Tajuk |
---|---|---|
11/06/2025 | Ustaz Syed Mukhtar Syed Yang Jamalulai | — |
Alhamdulillah, dapat bertemu lagi pada hari ini. Topik yang dibincangkan ialah mengenai kedahsyatan hari kiamat, huru-hara yang berlaku ketika itu, serta beberapa peristiwa yang akan berlaku apabila manusia dibangkitkan di sisi Allah SWT pada Yawmul Mahsyar.
Disampaikan gambaran tentang pelbagai bentuk manusia yang melalui ujian kehidupan yang berbeza-beza, sesuai dengan amalan masing-masing. Maka, pada hari ini dan seterusnya, insya-Allah akan dibincangkan apakah jalan penyelesaian terhadap semua itu. Kadangkala apabila memperkatakan tentang hari kiamat, seolah-olah tergambar suasana ketika itu. Namun, apakah yang boleh dilakukan? Masih ada masa. Selagi masih mampu bernafas, masih ada peluang dan cara.
Seterusnya, dibawakan beberapa hadis yang menggambarkan golongan-golongan yang terselamat dan berbahagia di sisi Allah SWT. Sebagaimana dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Antara golongan tersebut ialah pemimpin yang adil. Pemimpin di sini tidak hanya merujuk kepada imam solat, tetapi juga pemerintah. Setiap orang ialah pemimpin, dan bertanggungjawab terhadap kepimpinannya. Sekurang-kurangnya, seseorang itu adalah pemimpin kepada diri dan jasadnya sendiri. Suatu masa nanti, tanggungjawab terhadap jasad ini akan diselesaikan. Selain itu, setiap individu juga adalah pemimpin kepada keluarga, pasangan, anak-anak, sahabat, jiran, masyarakat, dan dalam sesebuah negara. Pemerintah yang adil adalah yang menilai keadilan berdasarkan neraca Allah SWT — bukan semata-mata menurut akal manusia, tetapi berpandukan syariah, memenuhi hak Allah dan hak sesama makhluk.
Golongan kedua ialah pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Tuhannya. Jika orang tua beribadah, itu tidak menghairankan. Yang luar biasa ialah apabila pemuda bangkit menyembah dan beribadah kepada Allah SWT. Insya-Allah, apabila permulaan hidupnya baik, diharapkan pengakhirannya juga baik.
Seterusnya ialah orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid. Ketika masuk waktu solat, terlintas niat untuk segera ke masjid. Tidak menghadiri solat walau satu waktu pun terasa berat di hati. Tujuan ke masjid bukan untuk berbual kosong, tetapi untuk menunaikan solat. Banyak hadis menyebut tentang kelebihan solat berjemaah di masjid. Bahkan, Nabi SAW pernah menyatakan hasrat untuk membakar rumah orang yang solat bersendirian dan tidak berjemaah di masjid. Pada peringkat awal, solat di rumah masih boleh diterima. Namun setelah asasnya kukuh, tempat solat yang sepatutnya ialah di masjid. Solat di masjid bukan pilihan, tetapi satu keperluan.
Pernah seorang buta bertanya kepada Nabi, “Aku buta, bagaimana?” Lalu Nabi bertanya, “Adakah kamu dengar azan?” Jika masih mampu mendengar dan hadir ke masjid, maka wajib untuk hadir. Maka, apakah alasan untuk tidak ke masjid? Jauh? Sejauh mana sekalipun, jika naik motor atau berjalan kaki tetap boleh sampai. Maka tiada alasan.
Jika solat di rumah pun baik, solat di masjid lebih besar ganjarannya. Walaupun pada awalnya mungkin ada perasaan riya’ atau niat yang bercampur, teruskan. Jangan kerana takut riya’, lalu meninggalkan semuanya — itu lebih besar riya’-nya. Teruskan kerana Allah dan tarikan iman. Cinta yang benar ialah kerana Allah SWT.
Contohnya, apabila melakukan ibadah korban — dahulu dibuat secara individu, kini bersama-sama di masjid. Sembelih bersama, lapah bersama, masak bersama. Begitu juga dengan aktiviti bermotosikal, berbasikal, berjoging, atau bermain boling — semua dilakukan kerana Allah, atas dasar minat yang sama, cinta kepada Allah dan rasa takut untuk menderhaka kepada-Nya. Itulah yang disebut ijtama’a ‘alaih wa tafarraqa ‘alaih — berhimpun dan berpisah kerana Allah SWT.
Golongan berikutnya ialah lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan dan cantik untuk berzina, tetapi dia menolaknya seraya berkata, “Aku takut kepada Allah SWT.” Golongan ini turut termasuk dalam kalangan yang berbahagia di sisi Allah SWT. Godaan hari ini bukan hanya datang daripada wanita bangsawan, bahkan wanita biasa pun sudah cukup mencabar. Yang dimaksudkan ialah lelaki yang tidak terjerumus ke dalam godaan zina atau perbuatan haram yang lain. Ini bukan perkara biasa. Bahkan ada yang bergelar ustaz, guru, atau haji turut boleh terjerumus — bukan kerana gelaran, tetapi kerana manusia tetap manusia.
Allah SWT menghias kehidupan dunia dengan keinginan kepada wanita, harta, anak-pinak, dan sebagainya. Semua itu adalah ujian. Maka, perlu berhati-hati dan sentiasa kembali kepada Allah.
Ibadah pula tidak boleh dilakukan secara berlebihan atau terlalu dikurangkan. Jika seseorang meninggalkan dunia sepenuhnya atas nama ibadah — tidak berkahwin, misalnya — tetap ada nafsu yang perlu diurus. Jika tidak berkahwin tetapi masih memiliki nafsu, itu boleh membawa kepada skandal dan penyelewengan.
Ada juga yang benar-benar meninggalkan dunia — berpakaian satu warna sahaja, atau bahkan tidak berpakaian langsung. Ini bukan rekaan, tetapi boleh disahkan melalui video dan pemerhatian terhadap amalan sesetengah penganut agama tertentu. Mereka mewakili setiap makam rohani dengan warna pakaian tertentu. Yang paling tinggi kononnya langsung tidak berpakaian.
Mereka juga mendakwa melakukan haji seperti umat Islam, tetapi sebenarnya tidak. Mereka memanggil isteri “Masha”, duduk di Arafah dan Mina, masih memakai baju putih tetapi bahagian bawahnya terbuka. Sedangkan ibadah haji mempunyai adab dan batas yang perlu dijaga. Kadangkala jemaah haji pun alpa — sepatutnya menjaga aurat dengan sempurna. Hebatnya agama Islam ini ialah kerana ia tidak meninggalkan akhirat dan tidak pula meninggalkan dunia. Ia berada di jalan pertengahan.
Rasulullah SAW pernah ditanya: Manakah yang lebih baik — mati meninggalkan harta atau tidak meninggalkan apa-apa? Baginda menjawab: lebih baik meninggalkan harta, tetapi jangan terlalu banyak. Ada yang meninggalkan sehingga dua bilion, tetapi sehingga kini belum selesai pembahagian. Berlaku perebutan, fitnah, pergaduhan antara isteri dan ibu, antara anak-anak — semua bercakaran kerana harta. Maka biarlah berpada-pada.
Tentang orang yang bersedekah secara sembunyi, sehingga tangan kiri tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan — itulah sedekah yang terbaik. Tidak ada siapa yang tahu — isteri, anak, atau rakan-rakan. Namun begitu, bolehkah bersedekah secara terbuka? Boleh, jika ia boleh mendorong orang lain untuk turut bersedekah. Maka hukumnya harus.
Orang yang mengingati Allah secara bersendirian, tanpa kehadiran sesiapa, dan dalam ingatan itu hanya Allah semata-mata sehingga menitis air matanya — juga termasuk dalam amalan utama. Zikir ada banyak cara. Zikir terbaik ialah yang dilakukan dengan ikhlas, ditujukan hanya kepada Allah. Ketepikan pandangan manusia. Jika ketika tiada sesiapa, seseorang masih mampu berzikir — itu tandanya keikhlasan. Ramai-ramai juga boleh, kerana mendapat semangat. Tetapi yang lebih baik ialah apabila pulang ke rumah dan boleh berzikir sendiri, membaca al-Quran, walaupun tiada siapa yang melihat.
Kita hidup di dunia ini perlu cerdik. Beruntunglah orang yang cerdik — Allah sendiri menyebut tentang kelebihan mereka. Firman Allah:
Ù‡َÙ„ْ ÙŠَسْتَÙˆِÙŠ الَّذِينَ ÙŠَعْÙ„َÙ…ُونَ Ùˆَالَّذِينَ Ù„َا ÙŠَعْÙ„َÙ…ُونَ؟(Adakah sama orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu?)








Catat Ulasan