Majlis Ukhwah & Santapan Rohani PBATM Pahang Barat di MTTJ



15 November 2025 Bertempat di Bilik Mesyuarat Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassnal Ibrahim Alam Shah, telah berlangsung Majlis Ukhwah & Santapan Rohani pada pagi ini. Program anjuran PBATM Pahang Barat itu telah disertai oleh 17 orang peserta.


Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh En. Mazlan Hanfiah, selaku penganjur merangkap Pengerusi PBATM Pahang Barat.


Acara diteruskan dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil yang dipimpin oleh Imam Nasrullah Abd. Ghani.


Seterusnya, majlis diserikan dengan slot tazkirah yang disampaikan oleh Dr. Haji Abdullah Ismail, Pengerusi MTTJ. Dalam tazkirah ringkasnya, beliau berkongsi pandangan tentang hakikat kehidupan serta kaitannya dengan alam persaraan. Dr. Abdullah turut menekankan kepentingan memanfaatkan usia persaraan untuk memakmurkan masjid, menjadikannya sebagai pusat pembentukan diri, keluarga dan masyarakat. Beliau turut mengajak para peserta untuk berazam menunaikan solat awal waktu secara berjemaah, menjadikan masjid sebagai platform menuju ke syurga serta memperkukuh ukhuwah sesama ahli.


Majlis berakhir sekitar jam 11.35 pagi, diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.




Para peserta kemudiannya menikmati jamuan makan tengah hari sebelum beredar.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama