15 November 2025 — Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassnal Ibrahim Alam Shah telah menerima dua kunjungan serentak pada pagi ini dalam program Lawatan Penanda Aras, melibatkan rombongan dari Masjid Wadhi As Siddiq, Sungai Udang, Melaka serta Surau Al-Iman, Presint 9 Putrajaya.
Seramai 40 peserta daripada Masjid Wadhi As Siddiq dan 25 peserta daripada Surau Al-Iman hadir dalam sesi lawatan tersebut. Program dimulakan dengan taklimat pengurusan masjid, diikuti penerangan mengenai pelaksanaan aktiviti dakwah, pembangunan jemaah, serta peranan masjid sebagai pusat komuniti. Para peserta turut diberi peluang melawat ruang dalaman masjid untuk melihat lebih dekat sistem operasi dan inisiatif yang sedang dijalankan.
Sesi soal jawab turut berlangsung secara terbuka, memberikan ruang kepada kedua-dua delegasi bertukar pandangan dan memperkukuh kefahaman berkaitan pengurusan institusi masjid
Catat Ulasan