Lawatan Penanda Aras MTTJ

Untuk Lihat Jumlah Pelawat ke MTTJ Sejak 2019

0
Orang pelawat dari dalam dan luar negara.

Sejak tahun 2019, Masjid Taman Temerloh Jaya (MTTJ) telah menjadi destinasi ‘benchmark visit’ bagi masjid-masjid dan institusi agama di dalam dan juga di luar negara. Pengiktirafan ini adalah hasil kejayaan pihak pengurusan masjid menarik jemaah untuk melaksanakan solat subuh secara berjemaah. MTTJ bukan sahaja mampu menarik ramai jemaah hingga semua ruang saf di dalam masjid dipenuhi. 

Kejayaan Ini merupakan hasil daripada pelbagai inisiatif yang dijalankan oleh pihak pengurusan masjid yang tidak henti-henti dalam memperbaiki mutu pengurusan dan aktiviti. Usaha-usaha tersebut berjaya menjadikan MTTJ sebagai pusat keagamaan yang berwibawa hingga menarik minat ramai pengunjung untuk datang dan melihat sendiri bagaimana pengurusan masjid dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Dengan usaha berterusan ini, MTTJ akan terus menjadi model untuk kemajuan institusi keagamaan di Malaysia dan di luar negara.

Statistik Pelawat 2019 - Ogos 2024

13,760 PELAWAT