INFO
Sedang memuatkan jadual terkini...
```

Waktu Solat Temerloh Jaya

1 Ramadan

--- hari lagi

1 Syawal

--- hari lagi

10 Zulhijjah

--- hari lagi

Maulid Nabi

--- hari lagi

Kursus Asas Pertahanan Awam Siri 33/2024 di MTTJ

21 Oktober 2024 — Kursus Asas Pertahanan Awam Siri 33/2024 telah diadakan di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ), Temerloh. Program yang berlangsung selama dua hari ini dianjurkan dengan kerjasama Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Temerloh. 

Program usahasama ini berjaya menarik penyertaan peserta dari pelbagai latar belakang. Pengisian Kursus ini menyediakan pelbagai modul yang bertujuan meningkatkan kemahiran asas dalam keselamatan dan pertahanan awam. Antara ilmu penting yang dipelajari adalah teknik asas pertahanan awam serta persediaan menghadapi situasi genting, seperti mencegah kebakaran, pertolongan cemas dan bantuan CPR. 

Selain mendapat ilmu dan pengalaman berharga, semua peserta yang hadir juga menerima sijil penyertaan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Pertahanan Awam. Secara keseluruhannya, Kursus Asas Pertahanan Awam Siri 33/2024 telah mencapai objektifnya dalam memupuk kemahiran asas pertahanan awam dan membentuk masyarakat yang lebih bersedia dan berdaya tahan dan dapat melahirkan masyarakat yang peka dan cekap dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.
 
   

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama