INFO
Sedang memuatkan jadual terkini...
```

Waktu Solat Temerloh Jaya

1 Ramadan

--- hari lagi

1 Syawal

--- hari lagi

10 Zulhijjah

--- hari lagi

Maulid Nabi

--- hari lagi

Kuliah Subuh 27 Oktober 2024, Ustaz Hairulazam Abd Rahman


Tarikh Penceramah Tajuk
27 Oktober 2024 Ustaz Hairulazam Abd Rahman Tafsir Ibnu Kathir

Nota Kuliah

    Pengajaran Surah Al-Haj Ayat 55-57

    • Punca kemaksiatan dan kesyirikan: Allah menyebut bahawa antara sebab manusia, khususnya orang kafir, terjerumus dalam kemaksiatan dan kesyirikan adalah kerana keraguan terhadap Al-Quran dan kebenaran yang dibawa oleh Nabi ï·º.
    • Berdoa agar Allah meletakkna keyakinan di dalam hati kita terhadapNya. Antara doa yang boleh diamalkan ialah;
      رَبَّÙ†َا Ù„َا تُزِغْ Ù‚ُÙ„ُÙˆْبَÙ†َا بَعْدَ اِذْ Ù‡َدَÙŠْتَÙ†َا ÙˆَÙ‡َبْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ù„َّدُÙ†ْÙƒَ رَØ­ْÙ…َØ©ً ۚاِÙ†َّÙƒَ اَÙ†ْتَ الْÙˆَÙ‡َّابُ

      Ertinya: "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami berpaling setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami dan anugerahkanlah kepada kami rahmat dari hadirat-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi." (Q.S. Ali 'Imran: 8)

    • Keperibadian Nabi ï·º: Orang kafir sebenarnya mengenali Nabi Muhammad ï·º sebagai seorang yang baik dan terpercaya sejak dari kecil, namun mereka masih enggan menerima ajarannya.
    • Adab terhadap al-Quran: Setiap ayat perlu dilihat seolah-olah ditujukan kepada diri kita, walaupun ayat itu mengenai orang lain. Kita harus mengambil pengajaran dan menilai, adakah sifat-sifat baik yang disebut ada pada diri kita.
    • Dunia adalah tempat beramal: Dunia ini tempat untuk kita berusaha, manakala akhirat adalah tempat kita menuai kebaikan yang telah kita tanam.
    • Kejayaan generasi awal Islam: Generasi awal Islam berjaya kerana keyakinan yang kukuh pada janji Allah.
    • Hidup mencari redha Allah: Para sahabat dan ulama menjadikan dunia sebagai sampingan, tidak mereka letakkan dalam hati tetapi fokus mencari redha Allah dalam kehidupan mereka.
    • Kisah teladan: Kisah-kisah seperti Umar bin Abdul Aziz sebagai khalifah yang adil, dan Imam Bukhari yang berdedikasi dalam mengumpul hadis, adalah contoh teladan yang berharga.
    • Orang kafir dan kepercayaan: Orang kafir tidak percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, sehingga saat kematian barulah mereka tersedar, namun ketika itu sudah terlambat.
    • Keadilan sebenar di akhirat: Di dunia, keadilan tidak selalunya sempurna dan sering timbul rasa tidak puas hati, namun keadilan mutlak akan terlaksana di akhirat.
    • Balasan bagi orang kafir: Orang kafir yang enggan percaya kepada Allah akan menghadapi balasan di neraka di akhirat nanti.
Gambar-Gambar
Nota
Gambar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama