INFO
Sedang memuatkan jadual terkini...
```

Waktu Solat Temerloh Jaya

1 Ramadan

--- hari lagi

1 Syawal

--- hari lagi

10 Zulhijjah

--- hari lagi

Maulid Nabi

--- hari lagi

Kuliah Maghrib 27 Oktober 2024, Dr. Haji Abdullah Ismail

Tarikh Penceramah Tajuk
27 Oktober 2024 Dr. Haji Abdullah Ismail Ibrah Dari Al-Quran

Nota Kuliah : Ibrah Dari Surah Taha, Ayat 117—120

    Amaran Kepada Nabi Adam dan Hawa

    Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita. (Taha 117)

    • Allah memberi amaran kepada Nabi Adam dan Hawa untuk berhati-hati dengan Iblis.
    • Iblis telah berjaya membuat Nabi Adam a.s. terkeluar dari syurga.
    • Iblis tidak menyuruh Nabi Adam untuk makan buah terlarang, tetapi menggunakan pendekatan tipu daya yang dahsyat.
    • Ulama menyatakan Iblis menggoda manusia secara tidak langsung dengan tipu daya yang melalaikan.
    • Contoh Tipu Daya Iblis - Iblis tidak menghalang manusia untuk solat tetapi menggoda mereka untuk melambat-lambatkannya.
    • Ibrah kepada umat pada hari ini ialah agar berjaga-jaga juga terhadap hasutan Iblis yang tidak mahu manusia ke syurga.

    Kenikmatan Syurga

    Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang. (Taha 118)

    • Di syurga seseorang tidak akan merasa lapar sebagaimana di dunia, tetapi penghuni syurga tetap makan sesuai dengan keinginan mereka.
    • Penghuni syurga tidak akan bertelanjang, kerana mereka sentiasa berpakaian dan pakaian akan bertukar mengikut kehendak hati penghuni syurga tersebut. Penghuni syurga bersih, mereka tidak kencing, buang air besar dan sebagainya.

    Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam syurga itu, dan tidak akan merasa panas matahari (Taha 119)

    • Penghuni syurga boleh minum tanpa kehausan, hanya untuk menikmati rasa minuman.
    • Cuaca di syurga tidak panas dan tidak terlalu sejuk, cuacanya sangat nyaman.
    • Ayat ini menyebut nikmat tiada rasa dahaga dan tiada kepanasan matahari di syurga.
    • Cuaca di syurga nyaman dan selesa, tanpa kepanasan. Ulama' memberikan gambaran sebagaimana cuaca waktu pagi selepas subuh.

    Hasutan Iblis

    Setelah itu maka Iblis membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?” (Taha 120)

    • Godaan Iblis yang melalaikan, kerana ia adalah kehendak manusia untuk 'kekal'. Kekal muda, kekal cantik dan sebagainya.

    Jalan Mudah ke Syurga

    Bersyukur kerana kita dijadikan oleh Allah, dan disebabkan itu, kita berpeluang untuk ke syurga, puncak kenikmatan. Jalan mudah ke syurga ialah mengikut sunnah Nabi SAW. Nabi membina masjid dan itu merupakan sunnah yang besar. Perbuatan Nabi tersebut menggambarkan Nabi membina ketamadunan manusia dengan masjid.

    • Kepentingan memakmurkan masjid. Allah memberikan ganjaran yang besar terhadap orang-orang yang solat di masjid. Langkah orang ke masjid akan menghapuskan dosa dan menaikkan darjat.
    • Allah juga menyediakan persinggahan di syurga kepada orang yang berjalan menuju ke masjid.
    • Orang yang ingin mengerjakan solat diwajibkan berwuduk, dan sekiranya disertakan dengan syarat wuduk yang sempurna dan berdoa, maka lapan pintu-pintu syurga akan dibukakan untuknya.
    • Memakmurkan masjid dengan dua cara iaitu; mencantikkan masjid dan menghidupkan masjid dengan solat berjemaah dan program-program ilmu yang berterusan.
    • Masjid merupakan tempat bergantung untuk ke syurga dan kita harus bersyukur Allah pilih kita menjadi ahli masjid.
    Gambar-Gambar
    Nota
    Gambar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama