- Definisi Sutrah: Sutrah adalah penghandang yang diletakkan di hadapan ketika solat untuk meningkatkan kekhusyukan dan menghalang pandangan ke tempat lain, terutama di tempat lapang.
- Tujuan Sutrah: Untuk mencipta kekhusyukan dalam solat dan mencegah daripada melihat ke kawasan belakang atau selepas sutrah.
- Hukum Sutrah: Sunnah, dan mendapatkan pahala kerana mencontohi Nabi SAW.
- Keadaan di Masjidil Haram: Di Masjidil Haram, khususnya di sekitar Ka'bah, melintasi orang yang sedang solat dianggap dimaafkan atau dibolehkan. Ini kerana kepadatan jemaah yang sedang menjalankan pelbagai ibadah seperti solat, tawaf, dan doa, menyukarkan untuk mengelakkan perbuatan melintasi. Menurut pandangan ulamak, melintas di hadapan orang yang solat di kawasan ini tidak dianggap sebagai perbuatan haram atau dilarang kerana keperluan ibadah dan keadaan sesak yang tidak dapat dielakkan.
- Sutrah dalam Solat Berjemaah: Jika seseorang solat secara berjemaah, maka sutrah bagi makmum adalah imam. Ini bermakna, dalam solat berjemaah, makmum tidak perlu menggunakan sutrah sendiri, kerana imam dianggap sebagai pelindung bagi keseluruhan saf solat. Namun, untuk solat individu atau solat sunat yang dilakukan seorang diri, adalah disarankan untuk menggunakan sutrah.
- Sutrah lain: Dinding, tiang masjid dan garisan tapak garisan kaki pada karpet masjid adalah sutrah, walaupun pada asalnya sutrah haruslah tegak. Sebagaimana sutrah menggunakan tongkat, sejadah dan sebagainya yang boleh diletakkan tanpa menegak.
- Menghalang orang melintasi: Seseorang yang sedang solat boleh menghalang orang yang melintasi di hadapannya sebelum sutrah (antara dia dan sutrah)
- Solat di belakang tiang: Adalah sunnah kerana tiang berfungsi sebagai sutrah.
- Jarak maksimum: Menurut pendapat ulama, jarak maksimum antara orang yang solat dan sutrah adalah tiga hasta, bermula dari tumit.
- Definisi Melintas: Maksud melintas di hadapan orang solat ialah melintas dengan cara melintang, jika lalu di tepi, atau lencongan tidak dikira melintas. Sebahagian ulama mengatakan, sekiranya seseorang sedang solat sunat tanpa meletakkan sutrah di hadapannya, dan ada pula orang lain melintas di hadapannya, maka orang yang solat itu telah melakukan kesilapan. Berdosa orang yang lalu dengan sengaja di antara orang yang sedang solat dengan sutrahnya.
- Jarak antara Rasulullah dan tempat sujud: Jaraknya adalah seluas laluan seekor kambing.
- Keadaan darurat: Seorang yang berada dalam saf solat jemaah dan secara tiba-tiba batal wuduknya, maka adalah dibenarkan dan harus dia lalu untuk keluar di hadapan saf orang-orang yang sedang solat. (keadaan darurat)
Rasulullah SAW apabila pergi menunaikan solat hari raya, Baginda meminta sebatang tombak pendek (ØَربَØ©ٌ) diletakkan di hadapannya, lalu Baginda menghadapnya manakala orang ramai pula di belakang Baginda ketika bermusafir.” - Riwayat al-Bukhari (472) dan Muslim (501)
Apabila salah seorang daripada kamu mendirikan solat. Hendaklah dia solat ke arah sutrah, dan mendekatkan dirinya kepada sutrah tersebut. Janganlah dia biarkan seorang pun melintasi di hadapannya. Seandainya ada datang seseorang melintasi di hadapannya, hendaklah dia memerangi orang tersebut. Sesungguhnya dia adalah syaitan. - HR. Ibnu Majah no.1007
Sahal bin Sa'ad RA, katanya; Jarak di antara tempat sujud Rasulullah SAW dan dinding ialah seluas laluan kambing. - Riwayat al-Bukhari (474) dan Muslim (508)
Catat Ulasan