Majlis Meraikan Purna Bakti En. Halim dan Puan Jumina

30 Oktober 2020  Majlis Jamuan Purna Perkhidmatan diadakan malam ini bagi menghargai Encik Halim Abdul Kadir dan Puan Jumina Juhani sempena tamatnya perkhidmatan mereka sebagai pekerja pembersihan di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTT). 

Majlis berlangsung dengan kehadiran Pengerusi, Setiausaha, Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid, serta pegawai-pegawai masjid yang turut sama meraikan. Majlis dimulakan dengan ucapan penghargaan oleh Pengerusi masjid Dr. Haji Abdullah Ismail, yang menzahirkan rasa terima kasih di atas sumbangan berharga kedua-dua yang diraikan. 

Seterusnya acara disusuli dengan ucapan dari En. Halim dan Puan Juninah. En. Halim dalam ucapannya menyatakan beliau mula berkhidmat pada 1 April 2011, iaitu kira-kira enam bulan selepas masjid dibuka secara rasmi, menjadikan tempoh perkhidmatannya adalah selama 13 tahun 6 bulan. Beliau turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama para jemaah, Pengerusi masjid, dan AJK yang telah memberi ruang kepadanya untuk berkhidmat di Masjid Taman Temerloh Jaya (MTTJ). Namun, memandangkan faktor usia dan produktiviti beliau yang kini mencecah usia 66 tahun, En. Halim merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk berehat dan memberi peluang kepada tenaga baru. Menurut En. Halim, sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau memperoleh banyak pengalaman manis, terutama sekali apabila menerima penghargaan daripada para pelawat yang mengucapkan tahniah atas kebersihan masjid. Hal ini membuatkan beliau merasa dihargai atas usaha yang dilakukan setiap hari. En. Halim mengakhiri ucapan dengan memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang beliau menjalankan tugas di masjid. Beliau juga meluahkan rasa terharu kerana diraikan dan berterima kasih atas jasa AJK, terutamanya Pengerusi dan Setiausaha, yang banyak menjaga kebajikannya. En. Halim menyatakan hasrat akan terus menjadi jemaah MTTJ walaupun selepas menamatkan perkhidmatan, dan beliau turut mendoakan agar masjid ini akan terus cemerlang dan gemilang. 

Sementara itu, Puan Juninah pula dalam ucapan ringkasnya, beliau memohon maaf dan mengucapkan terima kasih kepada pengurusan masjid yang memberikan peluang kepada beliau untuk berkhidmat selamat lebih kurang 13 tahun. Seterusnya majlis diteruskan dengan acara penyampaian cenderahati oleh Dr. Abdullah kepada En. Halim dan Puan Juninah sebagai tanda penghargaan sebelum bersurai.
 
  

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama