INFO
Sedang memuatkan jadual terkini...
```

Waktu Solat Temerloh Jaya

1 Ramadan

--- hari lagi

1 Syawal

--- hari lagi

10 Zulhijjah

--- hari lagi

Maulid Nabi

--- hari lagi

Perarakan Maulidur Rasul dan Hari Malaysia MTTJ


16 September 2024 — Pada hari ini telah berlangsung program Perarakan Maulidul Rasul anjuran Masjid Taman Temerloh Jaya (MTTJ). 


Perarakan sejauh kira-kira 600 meter ini bermula sekitar pukul 8.30 pagi, dan juga turut disertai oleh AJK Masjid, wakil-wakil khariah Surau Al-Mukhlisin, Persatuan Wanita Bersara Temerloh Jaya, kanak-kanak sekolah dan orang perseorangan.


Surau Al-Mukhlisin telah dinobatkan sebagai juara perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini. Kesemua ahli khariah surau lengkap berpakaian kebangsaan sekaligus melayakkan mereka menerima hadiah yang disampaikan oleh Setiausaha MTTJ, En.Zulkarnain Hashim kepada Cikgu Zulkifli Ismail, Pengerusi Surau Al-Mukhlisin. Sambutan ini bukan sahaja untuk memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, tetapi juga untuk meraikan semangat patriotisme dan perpaduan yang menjadi tunjang kekuatan negara kita.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama