20 September 2024 — Majlis ilmu Bicara Mufti oleh Mufti Pahang, Yang Berbahagia Profesor Dato' Dr. Asmadi bin Mohamed Naim, telah berlangsung di Masjid Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Shah, Temerloh Jaya.
Dalam kuliah tersebut, Profesor Dato' Dr. Asmadi mengingatkan hadirin untuk memperbanyakkan selawat dan mempelajari sirah Nabi Muhammad SAW, bagi mengenali dan membuktikan kecintaan sebagai umat Baginda, terutamanya bersempena bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Selain itu, para pengunjung turut berpeluang mendapatkan cetakan maklumat tarikh kelahiran mengikut tarikh hijri, yang disediakan oleh staf Pejabat Mufti yang hadir bersama dalam rombongan tersebut.
Sumber Gambar: YB Hassanuddin Salim






Catat Ulasan