KAFA Imtiyaz Sertai Program Motivasi "The Power of Attitude"


8 Disember 2024 — Bertempat di Hotel Green Park, Temerloh, buat julung kalinya,  tiga Sekolah Agama Rakyat (SAR) KAFA, iaitu SAR KAFA Kem Batu 3, SAR KAFA (F) Bukit Damar, dan KAFA Imtiyaz Masjid Temerloh Jaya telah menyertai "Program Motivasi UPKK 2024: The Power of Attitude", yang melibatkan penyertaan seramai 74 orang calon Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dengan diiringi 10 orang guru pengiring.


Program ini merupakan anjuran bersama pasukan Sahsiah Expert, dan  bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada para pelajar tentang persediaan menghadapi peperiksaan UPKK selain memupuk sikap positif serta keyakinan diri dalam kalangan peserta.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama