Ayat-ayat di penghujung Surah Al-Hajj menekankan konsep jihad, yang bukan sekadar peperangan, tetapi juga merangkumi usaha yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ibadah.


Contohnya, mendirikan solat secara berjemaah adalah amalan yang amat penting. Walaupun ia kelihatan mudah, ia memerlukan komitmen yang tinggi. Setiap kali azan berkumandang, kita seharusnya mendirikan solat, sama ada waktu Subuh, Asar, Maghrib, atau Isyak. Kita perlu menjaga konsistensi supaya setiap kali azan dilaungkan, kita diberikan kekuatan untuk mendirikan solat berjemaah. Jika kita berjaya melaksanakannya, maka kita telah memenuhi tuntutan jihad di sisi Allah SWT.


Selain itu, kita perlu ingat bahawa Iblis sentiasa berusaha untuk menggagalkan usaha anak Adam dalam usaha untuk 'kembali' ke syurga.


Antara tipu daya Iblis ialah menggoda manusia agar tidak istiqomah dalam melakukan kebaikan, dengan menggoda sedikit demi sedikit sehingga akhirnya manusia terjerumus ke dalam perangkap yang dipasang oleh Iblis.



IKTIBAR KEMATIAN DAN ALAM BARZAKH

Bagaimana keadaan jenazah apabila berada di alam barzakh, yang bersifat ghaib dan wajib diimani oleh kita? Alam barzakh bukanlah satu cerita yang menakutkan, tetapi dari sisi lain ia merupakan taman-taman syurga dan tempat rehat bagi orang beriman.


Hani’ Ra, bekas hamba suruhan kepada Sayidina Uthman, menceritakan bahawa khalifah apabila berhenti di sebuah perkuburan, beliau akan menangis. Lalu beliau ditanya mengapa apabila disebutkan tentang syurga dan neraka engkau tidak menangis? Lalu dijawabnya bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Kubur adalah persinggahan pertama dari (perjalanan) ke akhirat. Bila seseorang selamat dari (keburukan)nya, maka setelahnya itu lebih mudah baginya, tetapi bila seseorang tidak selamat dari (keburukan)nya, maka setelahnya itu lebih berat baginya." Baginda lagi bersabda, “Aku tidak melihat suatu pemandangan pun yang lebih menakutkan daripada kubur.” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)


Alam barzakh merupakan persinggahan atau transit antara kehidupan dunia dan akhirat. Ia adalah persinggahan pertama menuju akhirat. Manusia terjerumus ke dalam perangkap yang dipasang oleh Iblis.


Malaikat akan bertanyakan kepada mayat di kubur dengan beberapa soalan (siapa Tuhan, Nabi, dll), namun jawapan tersebut tidak datang dari mulut, tetapi dijawab oleh amalan mayat tersebut semasa di dunia. Maka, tidak rugi beramal, datang ke masjid walaupun penat, membaca Quran, bersedekah, berzikir, berbuat baik sesama manusia, menahan kemarahan dan sebagainya kerana amalan-amalan inilah yang akan membantu kita menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh malaikat nanti.


Hidup yang paling penting adalah saat pengakhiran atau kesudahan, bukan sejarah kehidupan seseorang yang pada masa dahulu berada dalam keadaan lalai. Saidina Umar Al-Khattab boleh dijadikan iktibar dalam hal ini kerana beliau pada masa awal penyebaran Islam dahulu merupakan seorang yang kasar terhadap dakwah Nabi, malah pernah hendak membunuh Nabi SAW. Namun pada akhirnya beliau menjadi kekasih dan pembela Nabi SAW, malah dimakamkan bersebelahan dengan makam Nabi SAW. Lebih daripada itu, beliau merupakan salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga.



Bagaimana untuk Mendapat Kebahagiaan di Alam Kubur

Gunakan tempoh hidup ini sebaik-baiknya, jangan membuang masa. Buatlah persediaan yang akan dibawa ke akhirat agar tidak termasuk dalam golongan yang rugi kerana tidak sempat mengumpul amal. Agar perjalanan menuju akhirat nanti menjadi perjalanan yang menggembirakan.



Tadabur Ringkas Surah Al-Asr

Imam Syafie mengatakan tentang kelebihan Surah Al-Asr: "Seandainya setiap manusia menghayati surah ini, niscaya hal itu akan mencukupi untuk mereka." [Tafsir Ibnu Kathir 8/499]



7 Kehilangan yang Paling Menyakitkan

  • Kehilangan rutin solat tahajud.
  • Kehilangan solat dhuha.
  • Kehilangan zikir pagi dan petang.
  • Kehilangan nikmat membaca Al-Quran.
  • Kehilangan solat sebelum subuh.
  • Kehilangan amalan membaca Surah Al-Mulk.
  • Kehilangan peluang untuk berzikir khusus yang mengampunkan dosa sebanyak buih di lautan.


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., di mana Nabi SAW bersabda:

"Sesiapa yang bertasbih kepada Allah selepas setiap solat sebanyak 33 kali, bertahmid kepada Allah 33 kali, dan bertakbir kepada Allah 33 kali, sehingga jumlahnya 99 kali, dan melengkapkannya dengan mengucapkan: 'La ilaha illallah wahdahu la syarika lah, lahul mulk wa lahul hamd wa huwa 'ala kulli syai'in qadir', maka dosanya akan diampunkan walaupun sebanyak buih di lautan."— HR. Muslim no. 597


Amalan untuk mendapatkan kemudahan di alam barzakh sebenarnya tidak begitu sukar, tetapi sering kita terlepas pandang, padahal amalan inilah yang akan menjadi bekal utama di akhirat nanti.


 

Daripada Mu'az bin Jabal r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan bergerak kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga dia ditanya tentang empat perkara: tentang umurnya, untuk apa dihabiskannya; tentang masa mudanya, bagaimana digunakannya; tentang hartanya, dari mana diperolehnya dan ke mana dibelanjakannya; dan tentang ilmunya, apa yang diamalkannya." — HR. Tirmidzi no. 2416