Program Ukhuwah Bulanan MTTJ (5 Disember 2024)



5 Disember 2024 — Program Ukhuwah Bulanan MTTJ (Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah) pada malam ini meriah dengan kehadiran ramai ahli khariah MTTJ. 


Program yang menjadi tradisi pada malam Jumaat minggu pertama setiap bulan ini dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, disusuli dengan solat hajat. Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan surah Yasin dan tahlil yang dipimpin oleh Imam Nasrullah Abd Ghani.


Usai bacaan Yasin dan tahlil, Pengerusi MTTJ, Dr. Haji Abdullah bin Ismail, mengambil peluang untuk menyampaikan beberapa pengumuman penting, terutama berkaitan status tanah wakaf masjid. Lihat Video Facebook Logo


Program malam ini diakhiri dengan solat Isyak berjemaah dan jamuan istimewa yang disediakan oleh team dapur MTTJ.


Lihat Video Facebook Logo

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama