
Tarikh | Penceramah | Tajuk |
---|---|---|
28/12/2024 | Ustaz Abdul Wahid Ghafar Ibrahim | — |
Nota Kuliah
Kisah dalam surah al-Kahfi menceritakan mengenai pemuda-pemuda ashab al-Kahfi yang tidur selama 300 tahun mengikut kiraan Masihi, dan 309 tahun mengikut kiraan Hijrah. Perbezaan ini timbul kerana kalendar Hijrah berasaskan bulan, manakala kalendar Masihi berasaskan matahari. Kisah ini menunjukkan bagaimana Allah memelihara hamba-hamba-Nya yang beriman.
Penjajahan terhadap umat Islam bukan sekadar merampas tanah dan hasil bumi, tetapi juga menindas ilmu dan warisan Islam. Banyak manuskrip Islam yang dibawa ke negara penjajah, menjadikan kita kehilangan khazanah ilmu yang amat berharga. Sebagai umat Islam, kita perlu sedar akan kepentingan ilmu dan sejarah untuk membangunkan kembali kekuatan umat. Kita juga harus mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa lampau.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa keberuntungan adalah bagi mereka yang semakin tua tetapi tetap memperbaiki amalan mereka. Kita perlu mengingatkan diri untuk terus berbuat baik dan menjaga akhlak, tidak kira berapa usia kita. Rasulullah SAW bersabda;
“Sebaik-baik manusia adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya, dan seburuk-buruk manusia adalah orang yang panjang umurnya tetapi buruk amalannya.” — HR.Tirmidzi no.2330
Contoh akhlak terbaik adalah Rasulullah SAW, yang merupakan seorang suami yang romantik dengan isterinya Aisyah walaupun umur baginda melebihi 50 tahun. Daripada Aisyah r.a., beliau berkata;
"Aku pernah berlumba lari dengan Rasulullah SAW dan aku menang. Namun, setelah aku menjadi gemuk, aku berlumba lari dengannya lagi dan Baginda menang. Lalu Baginda berkata, 'Ini sebagai balasan (untuk perlumbaan yang lalu).'"— HR. Abu Daud no.2578
Gambar-Gambar














Nota

Catat Ulasan