Kuliah Subuh 28 Disember 2024, Ustaz Zakaria Mat Dilu

Tarikh Penceramah Tajuk
28/12/2024 Ustaz Zakaria Mat Dilu

Nota Kuliah

Syukur kepada Allah kerana dengan izin dan kasih sayang-Nya, kita dapat bertemu lagi. Di dunia ini, tiada bumi yang akan kita rindui (setelah pergi) melainkan bumi Madinah, tempat bersemadi jasad mulia Nabi Muhammad SAW. Rasa rindu yang tidak dapat digambarkan. Bagi mereka yang berkemampuan, sihat tubuh badan, dan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, amat disarankan untuk mengunjungi Madinah. 
Allah tidak menyerupai sesuatu pun, baik dari segi sifat mahupun perbuatan. Sifat Qidam bermaksud Allah tiada permulaan wujud-Nya; Dia telah ada sejak azali tanpa permulaan. Sifat baharu, seperti manusia, mesti bermula dari tiada, kemudian menjadi ada, dan boleh berubah-ubah dari ada kepada tiada. Sebagai contoh, manusia asalnya tidak wujud, kemudian diwujudkan oleh Allah. Sebaliknya, Allah sentiasa wujud tanpa perubahan atau permulaan dan tidak pernah melalui TIADA.
Sifat Qudrat bermaksud Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Tiada sesuatu pun yang dapat menghalang atau menandingi kekuasaan Allah.
Sifat Iradat bermaksud Allah Maha Berkehendak. Segala yang berlaku di alam ini terjadi mengikut kehendak dan ketentuan-Nya semata-mata.

Gambar-Gambar
Nota
Gambar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama