BKS MTTJ Terima Wakaf Tabung Oksigen

24 Januari 2025 — Biro Kebajikan dan Sosial (BKS), Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) telah menerima sumbangan sebuah tabung oksigen untuk kegunaan komuniti kariah MTTJ.


Tabung oksigen ini merupakan wakaf daripada En. Azizi bin Mohd Shukor dari Jalan Triang, Kampung Lebak, Temerloh, Pahang.


Pengerusi BKS MTTJ, En. Ab Manaff Safien, yang menerima sumbangan tersebut, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Azizi atas keprihatinannya. Beliau turut menyatakan bahawa tabung oksigen ini akan dimanfaatkan sepenuhnya demi kebajikan ahli komuniti kariah.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama