Kuliah Maghrib 22 Januari 2025, Ustaz Dr. Ahmad Irfan Ikmal Hisham

Tarikh Penceramah Tajuk
23/01/2025 Ustaz Dr. Ahmad Irfan Ikmal Hisham

Nota Kuliah

Nabi Musa Melarikan Diri dari Mesir

Nabi Musa AS dibesarkan di istana Firaun setelah diselamatkan oleh isteri Firaun ketika masih bayi. Namun, setelah dewasa, beliau mulai memahami penderitaan kaumnya, Bani Israel, yang ditindas oleh Firaun.


Suatu hari, Nabi Musa melihat seorang lelaki Qibti (bangsa Mesir) bertengkar dengan seorang lelaki Bani Israel. Ketika lelaki Bani Israel meminta bantuannya, Nabi Musa memukul lelaki Qibti itu hingga meninggal dunia tanpa sengaja. Setelah kejadian itu, Nabi Musa merasa bersalah dan memohon ampun kepada Allah.


Ketika berita pembunuhan itu tersebar, Firaun dan kaumnya merancang untuk membunuh Nabi Musa. Namun, seorang lelaki memberi peringatan kepada Nabi Musa agar segera melarikan diri. Nabi Musa pun meninggalkan Mesir menuju negeri Madyan tanpa membawa bekal.



Pertemuan dengan Dua Wanita di Madyan

Setelah berjalan jauh, Nabi Musa tiba di sebuah tempat di Madyan. Di sana, beliau melihat sekumpulan lelaki sedang mengambil air dari sebuah telaga untuk ternakan mereka. Di sudut lain, terlihat dua orang wanita yang menahan ternakan mereka dari mendekati telaga.


Nabi Musa mendekati kedua wanita itu dan bertanya, apakah yang mereka lakukanMereka menjawab bahawa mereka tidak dapat mengambil air hingga para lelaki selesai kerana mereka tidak mahu bercampur dengan kaum lelaki. Ayah mereka sudah tua dan tidak mampu membantu mereka.


Nabi Musa merasa kasihan, lalu membantu mereka mengambil air dari telaga untuk ternakan mereka. Setelah itu, kedua wanita tersebut pulang ke rumah dengan rasa syukur.



Dijemput ke Rumah Ayah Mereka

Salah seorang wanita itu kembali menemui Nabi Musa dan mengatakan ayahnya menjemput Nabi Musa datang ke rumah. Nabi Musa memenuhi undangan itu dan bertemu dengan ayah mereka. Sebahagian pendapat mengatakan ayah kedua-dua wanita itu ialah Nabi Syu'aib a.s. Namun, Al-Quran tidak menyebutkan namanya.


Nabi Musa menceritakan perjalanannya dan sebab beliau melarikan diri dari Mesir. Ayah kepada wanita-wanita tersebut menenangkannya dan menawarkan perlindungan, serta mengatakan Nabi Musa berada di tempat yang lebih baik sekarang (dari Mesir).



Intipati


Teman: Dalam perjuangan, seseorang itu memerlukan teman atau pembantu


Mendengar Nasihat: Nabi Musa mendengar nasihat yang diberikan oleh seseorang agar baginda meninggalkan Mesir, walaupun mungkin baginda boleh melawan orang-orang Firaun kerana baginda merupakan seorang yang kuat.


Masjid Al-Aqsa (المسجد الأقصى) dinamakan demikian kerana "Al-Aqsa" dalam bahasa Arab bermaksud "yang paling jauh." Nama ini merujuk kepada lokasinya yang berada jauh dari Masjidil Haram di Mekah


Iktilat: Kedua wanita itu memberikan contoh interaksi yang sopan dan menjaga kehormatan.


Meminta hanya kepada Allah: Walaupun Nabi Musa begitu lapar, namun dia tidak meminta kepada manusia, malah meminta kepada Allah. 

Hadis Qudsi:

“Wahai hamba-Ku, kalian semua lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka mintalah makan kepada-Ku, niscaya Aku akan memberi kalian makan.”  HR.Muslim, no. 2577

 

Gambar-Gambar
Nota
Gambar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama