22 Januari 2025 – Satu Mesyuarat Khas Biro Kebajikan dan Sosial (BKS), Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) diadakan hari ini bagi membincangkan agenda penting berkaitan program khas yang dijadualkan berlangsung pada 2 Februari nanti.
Program ini akan menjadi acara istimewa dengan kehadiran pegawai dari ibu pejabat MyFundAction, selain dijangka turut disertai oleh beberapa penaja korporat.
Mesyuarat ini turut disertai oleh Setiausaha MTTJ, En. Zulkanain Hashim, En. Ab Manaff Safien, Pengerusi BKS serta beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) BKS. Perbincangan difokuskan pada persiapan teknikal, pengurusan kehadiran tetamu, serta pengisian program.
Program yang dirancang ini dijangka akan memberi impak besar kepada komuniti setempat serta memperkukuhkan hubungan antara pihak masjid, NGO, badan korporat dengan khariah MTTJ, serta diharap dapat membuka ruang koloborasi yang lebih luas kepada semua pihak pada masa akan datang.
Catat Ulasan