22 Januari 2026 — Biro Kebajikan & Sosial (BKS) Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ), sekali lagi menyantuni golongan kurang berkemampuan dalam komuniti Taman Temerloh Jaya pada pagi ini. Program yang berupa agihan kotak bantuan makanan asas ini merupakan aktiviti rutin bulanan pihak BKS.
Menurut Pengerusi BKS MTTJ, En. Ab Manaff Safien, program ini merupakan kerjasama BKS dengan NGO MyFundAction dan mereka akan mengagihkan sebanyak 50 kotak barangan keperluan asas kepada 50 penerima yang telah disenarai pendek oleh pihak BKS pada hari ini.
Seramai 8 orang petugas yang terdiri dari AJK BKS diketuai sendiri oleh En. Ab Manaff Safien, dan juga Team Remaja MTTJ di bawah seliaan En. Hamdan, terlibat dalam melancarkan proses pengagihan.
Seramai 36 penerima hadir sendiri ke Dapur MTTJ untuk mengambil kotak sumbangan. Bagi baki 14 kotak yang belum dituntut akan diserahkan dalam tempoh tiga hari kepada penerima terpilih dan mereka digalakkan untuk hadir dan mengambil kotak bantuan tersebut.
Dalam pada itu, Setiausaha MTTJ, En. Zulkanain, turut hadir memberikan sokongan kepada pihak BKS dalam usaha mereka menyantuni golongan kurang berkemampuan sambil melihat sendiri proses agihan serta sistem pangkalan data penerima bantuan.
Program penyerahan kotak bantuan ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.



Catat Ulasan