Kuliah Maghrib 12 Januari 2025, Ustaz Mohd Khalil Othman

Tarikh Penceramah Tajuk
12/01/2025 Ustaz Mohd Khalil Osman

Nota Kuliah

Syukur kepada Allah SWT kerana kita masih dihimpunkan di rumah-Nya (masjid) untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dengan menunaikan solat, fardu, dan berjemaah. Syukur juga kerana Allah telah memilih kita daripada sekalian hamba untuk mengimarahkan rumah-Nya dan menghidupkan waktu yang terbaik dengan amalan yang dianggapkan sebagai salah satu daripada taman-taman syurga di dunia. Mudah-mudahan, sebagaimana Allah menghimpunkan kita di taman-taman syurga di dunia ini, kita terus berdoa dan berharap agar Allah mempermudahkan jalan kita ke syurga akhirat, khususnya syurga Firdaus.


TAWASUL

RINGKASAN

Tujuan belajar adalah untuk menjadikan kita tidak termasuk dalam golongan orang jahil yang tidak memahami agama dan terjerumus ke dalam lembah kemunafikan.


Tawasul dengan amal soleh adalah dibenarkan berdasarkan hadis sahih riwayat Bukhari (no. 2272) dan Muslim (no. 2743), terdapat kisah tiga orang lelaki yang terperangkap dalam sebuah gua. Mereka bertawasul dengan amal soleh mereka masing-masing agar Allah menyelamatkan mereka. Akhirnya, Allah memperkenankan doa mereka dan batu besar yang menutup gua tersebut bergerak, membolehkan mereka keluar.Hadis ini menunjukkan bahawa bertawasul dengan amal soleh adalah dibenarkan.

Menjadikan orang alim atau orang saleh sebagai perantara seperti memohon didoakan adalah amalan yang boleh dilakukan. Dalam hadis riwayat Bukhari (no. 1010) dan Muslim (no. 897), Saidina Umar al-Khattab bertawasul dengan al-Abbas, bapa saudara Nabi SAW, setelah kewafatan Rasulullah SAW.

Gambar-Gambar
Nota
Gambar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama