12 Januari 2025 — Persidangan Remaja Madani Khariah Temerloh Jaya anjuran telah berlangsung dengan jayanya petang ini di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim, Taman Temerloh Jaya (MTTJ). Program yang bermula pada jam 3 petang hingga 5.30 petang itu mensasarkan remaja berusia 12 hingga 15 tahun dari anak-anak kariah MTTJ dan merupakan anjuran Biro Pendidikan dan Sahsiah Remaja MTTJ.
Antara tujuan utama persidangan ini adalah untuk melahirkan generasi pelapis dalam kalangan warga kariah masjid, mempererat hubungan antara masjid dan remaja kariah, serta menarik minat golongan muda agar terlibat secara aktif dalam aktiviti masjid, terutama dalam melaksanakan solat berjemaah.
Selain itu, turut diadakan sesi pelantikan Jawatankuasa Remaja bagi penggal 2025 yang bertujuan memperkasa peranan golongan muda dalam merancang dan melaksanakan pelbagai program masjid.
Catat Ulasan