Program Jualan Rahmah Bergerak di MTTJ



13 Februari 2025 – Jualan Rahmah Bergerak telah berlangsung pada pagi ini di kawasan parkir C, Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ). Program ini mendapat sambutan daripada penduduk setempat yang hadir untuk mendapatkan barangan keperluan pada harga yang lebih murah berbanding harga pasaran.


Lebih daripada 30 jenis barangan keperluan ditawarkan pada harga yang berpatutan. Antara barangan yang mendapat permintaan tinggi ialah beras import Jasmine Super 5kg dijual pada harga RM15; minyak masak Saji 5kg, RM25; ayam seekor RM10, dan minyak masak paket 1kg RM2.50, jauh lebih murah berbanding harga pasaran.


Jualan ini merupakan hasil kerjasama antara Koperasi Masjid Temerloh Jaya dan syarikat Amir Ifzan Legacy, Kuantan, serta mendapat sokongan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Melalui program ini, ahli kariah MTTJ berpeluang membeli barangan keperluan dengan diskaun sehingga 30%, sekali gus membantu meringankan kos sara hidup mereka.


Jualan yang bermula pada jam 10.00 pagi ini berakhir pada jam 1.00 petang, dengan kehadiran ramai pembeli yang memanfaatkan peluang mendapatkan barangan dengan harga lebih rendah.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama