| Tarikh | Penceramah | Tajuk |
|---|---|---|
| 05/02/2025 | Cikgu Kamarudin Salim | — |
Bulan Rejab dan Syaaban harus dijadikan medan persiapan untuk menghadapi bulan Ramadan yang tidak lama lagi.
Perintah solat diterima oleh Nabi SAW pada malam Israk Mikraj, dan ia adalah sesuatu yang istimewa.
Umat Islam perlu beriman kepada ayat-ayat al-Quran dan hadis tanpa takwil sebagai tanda keyakinan. Ketika Rasulullah S.A.W. melakukan Isra’ Mikraj, baginda menerima perintah solat. Peristiwa ini mengajar kita bahawa Islam menuntut keyakinan penuh kepada Allah, Rasulullah, Al-Quran, dan hadis.
Ada pendapat mengatakan bahawa iman Abu Bakar, jika ditimbang, lebih berat daripada iman seluruh manusia.
Perbanyakkan membaca al-Quran dan bertadabur dengannya.
Puasa Ayyamul Bidh sangat afdal, malah disifatkan lebih afdal daripada puasa Isnin dan Khamis.
Pada bulan Ramadan, terdapat suatu malam yang sesiapa beribadah di dalamnya akan memperoleh ganjaran menyamai 1,000 bulan. Umat hari ini usianya pendek dan kurang beribadah, maka rebutlah peluang beribadah pada malam-malam bulan Ramadan.
Sesiapa yang secara konsisten beribadah pada malam-malam bulan Ramadan pasti akan bertemu malam Lailatulqadar, walaupun tanpa mencarinya. Oleh itu, marilah kita manfaatkan peluang yang ada. Kita tidak tahu sama ada kita akan bertemu Ramadan lagi pada tahun hadapan. Mungkin ini Ramadan terakhir kita. Maka, gunakanlah kesempatan ini sebaiknya dengan memperbanyakkan amal ibadah dan kebaikan.
Catat Ulasan