Kuliah Maghrib 21 Februari 2025, Dr. Haji Abdullah Ismail

Tarikh Penceramah Tajuk
21/02/2025 Dr. Haji Abdullah Ismail

Nota Kuliah

Makna dalam doa-doa yang sering dibaca oleh imam kita, yang juga sering kita amalkan: "Allahumma bariklana fi Syaaban wa ballighna Ramadhan." Doa ini bermaksud kita memohon keberkatan daripada Allah dalam bulan Syaaban ini dan semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu dengan bulan Ramadhan.


Namun, makna yang lebih mendalam daripada doa ini ialah kita memohon kepada Allah SWT kerana bulan Ramadhan ini adalah bulan yang sangat agung. Allah menyediakan bulan ini sebagai satu peluang untuk menghantar hamba-hamba-Nya ke syurga. Maka, kita memohon keberkatan dan rahmat di bulan Syaaban ini supaya kita dapat menyambut bulan Ramadhan dengan sebaik-baiknya.


Bulan Syaaban ini sepatutnya menjadi permulaan atau simulasi untuk menghadapi kehidupan sepanjang bulan Ramadhan. Ulama menyebutkan tentang kaitan antara Syaaban dan Ramadhan:

  • Rejab adalah bulan untuk menanam,
  • Syaaban adalah bulan untuk menyiram,
  • Ramadhan adalah bulan untuk menuai hasil.


Kesilapan yang sering kita lakukan ialah menanam pada bulan Ramadhan, sedangkan apabila kita menanam terlalu lewat, kita tidak sempat untuk menuai hasilnya pada penghujung Ramadhan.


Apa yang perlu kita tanam?

  1. Puasa: Memperbanyakkan puasa sunat sebagai latihan bagi menghadapi puasa wajib di bulan Ramadhan.
  2. Solat berjemaah: Mengutamakan solat berjemaah kerana ia adalah asas amalan.
  3. Al-Quran: Membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran.
  4. Sedekah: Memperbanyakkan amalan bersedekah.


Kalau kita sudah memulakan amalan ini dari bulan Syaaban, insyaAllah amalan tersebut akan menjadi kebiasaan apabila tiba Ramadhan.


Mengenai Solat:
Solat adalah asas kepada semua amalan. Nabi SAW telah menegaskan bahawa solat adalah amalan pertama yang akan dihisab pada hari akhirat. Pastikan kita menjaga solat lima waktu, terutama solat berjemaah di masjid. Jika kita biasa solat di masjid sebelum Ramadhan, insyaAllah akan menjadi kebiasaan sepanjang bulan yang mulia itu.

Al-Quran:
Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Jangan sia-siakan kesempatan ini. Membaca Al-Quran bukan sekadar membaca, tetapi cuba untuk memahami maknanya. Jadikan amalan membaca Al-Quran sebagai satu kebiasaan, bukan hanya untuk mengejar ganjaran pahala sahaja, tetapi juga untuk mendapat keberkatan hidup.

Kata-kata Imam Abu Bakar Al-Zuhri:
Beliau berkata, ramai orang Islam kini kurang waspada dalam ibadat. Mereka hanya melaksanakan ibadat secara rutin tanpa benar-benar menghayatinya.

Kata-kata ini kemudiannya diperjelaskan oleh Sufyan bin ‘Uyainah:
Beliau mengingatkan supaya kita tidak menjadi hamba yang sombong, iaitu hanya mendekatkan diri kepada Allah ketika dipanggil sahaja. Contohnya, hanya pergi ke masjid selepas azan dilaungkan.


Kata-kata ini boleh diambil ibrah untuk dijadikan panduan dalam menghadapi bulan Ramadhan, di mana kita harus bersedia sebelum memasukinya melalui bulan Syaaban.



Amalan-Amalan Pemburuan Lailatul Qadar


Pada waktu siang, umat Islam digalakkan menjaga solat fardhu secara berjemaah di masjid serta menjaga amalan puasa dengan sempurna. Sebagaimana hadis Qudsi menyebutkan, tidak ada amalan yang paling disukai Allah melainkan amalan fardhu yang dilakukan secara konsisten. Maka dalam bulan Ramadhan kita mendapat dua amalan fardhu yang besar fadhilatnya iaitu solat dan juga puasa.


Walaupun bulan Ramadhan belum berakhir, umat Islam disarankan untuk menilai perubahan positif yang telah dicapai dalam kehidupan sepanjang bulan mulia ini. Sepuluh malam terakhir Ramadhan bukanlah pengakhiran, sebaliknya merupakan permulaan untuk terus beramal selepas bulan Ramadhan.


Melaksanakan solat malam seperti Maghrib, Isyak, Tarawih, Witir, dan solat sunat tahajud adalah antara amalan utama. Melengkapkan solat Tarawih bersama imam hingga selesai akan memberi ganjaran seolah-olah bersolat sepanjang malam, setara dengan ibadah selama 84 tahun tanpa henti.


Iktikaf di masjid juga sangat digalakkan, di mana umat Islam digalakkan meluangkan masa untuk beribadah di masjid sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Jika tidak dapat mengikut cara iktikaf yang dilakukan oleh Rasulullah, maka usahakanlah agar kita boleh melebihkan keberadaan masa di dalam masjid.


Membaca dan mentadabbur al-Quran di malam hari akan memberi kesan mendalam dalam hati. Lailatul Qadar merupakan malam turunnya al-Quran, justeru, amat rugi jika tidak membaca kitab suci ini pada malam-malam tersebut. Sebaiknya Al-Quran itu dapat dihafal, setiap pengulangan ayat dalam proses menghafal akan memberikan pahala yang berganda sebagaimana sabda baginda bahawa 1 huruf akan mendapat 10 pahala. (Rujuk HR.Tirmidzi no.2910)


Membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali menyamai pahala membaca satu pertiga daripada al-Quran. Selain itu, membaca dua ayat terakhir dari Surah Al-Baqarah juga sangat digalakkan kerana ia akan mencukupkan segala kebaikan dan melindungi daripada gangguan syaitan.


Amalan bersedekah juga digalakkan kerana setiap amalan akan digandakan sehingga 700 kali ganda. 


Membaca zikir "Ù„َا Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا اللَّÙ‡ُ ÙˆَØ­ْدَÙ‡ُ Ù„َا Ø´َرِيكَ Ù„َÙ‡ُ، Ù„َÙ‡ُ الْÙ…ُÙ„ْÙƒُ ÙˆَÙ„َÙ‡ُ الْØ­َÙ…ْدُ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ عَÙ„َÙ‰ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ Ù‚َدِيرٌ" sebanyak 100 kali akan diberikan ganjaran besar, seperti membebaskan 10 orang hamba, dicatatkan 100 kebaikan, dihapuskan 100 dosa, serta dilindungi dari gangguan syaitan. (Rujuk HR. Bukhari no.3293)


Selain itu, membaca zikir "سُبْØ­َانَ اللَّÙ‡ِ ÙˆَالْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ ÙˆَÙ„َا Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا اللَّÙ‡ُ ÙˆَاللَّÙ‡ُ Ø£َÙƒْبَرُ" akan dihadiahkan satu pohon di syurga bagi setiap kali bacaan, sebuah amalan yang sangat disukai oleh Rasulullah SAW. 


Akhir sekali, membaca zikir yang ringan di mulut (mudah dibaca) "سُبْØ­َانَ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبِØ­َÙ…ْدِÙ‡ِ سُبْØ­َانَ اللَّÙ‡ِ الْعَظِيمِ" amat dicintai oleh Allah, walaupun mudah diucapkan, tetapi berat pada timbangan amal.


Dengan mengamalkan amalan-amalan ini, umat Islam akan lebih dekat dengan rahmat Allah dan berpeluang untuk memperoleh kelebihan malam Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.


Gambar-Gambar
Nota
Gambar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama