
2 Oktober 2025 – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) hari ini telah menyerahkan sebuah rumah wakaf baharu bernilai RM80,000 kepada pihak Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) bagi kegunaan masyarakat setempat. Penyerahan tersebut disempurnakan oleh Pegawai Teknikal KKDW, En. Mustaqim Bin Jamil.
Majlis yang berlangsung di rumah wakaf di kawasan Tanah Perkuburan Kampung Tualang berkenaan turut dihadiri oleh Pengurusi Masjid, Dr. Haji Abdullah bin Ismail; Tok Empat Kampung Tualang, En. Razaidi Bin Daud; Setiausaha Badan Khairat Masjid MTTJ, Cikgu Safri Bin Harun; beberapa Ahli Jawatankuasa Badan Khairat Kematian MTTJ; kontraktor yang dilantik; serta pegawai-pegawai KKDW.
Pembinaan rumah wakaf baharu ini dilaksanakan susulan kejadian rumah wakaf lama yang musnah dihempap pokok tumbang pada 13 Jun 2023. Melalui permohonan rasmi yang dikemukakan, KKDW telah menyalurkan peruntukan bagi pembinaan semula rumah wakaf tersebut demi memastikan manfaatnya dapat terus dirasai oleh penduduk dan komuniti setempat.










Catat Ulasan