Program Ukhuwah Bulanan MTTJ ( 2 Oktober 2025)



2 Oktober 2025 – Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) pada malam ini dimeriahkan dengan Program Ukhuwah Bulanan, satu rutin tetap yang diadakan pada setiap malam Jumaat minggu pertama setiap bulan.


Program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti solat hajat khas memohon keselamatan bagi rombongan Sumut Flotilla yang kini berhadapan situasi cemas di perairan dikuasai tentera Z****s. Solat hajat turut diniatkan bagi para jemaah yang mempunyai hajat khusus.


Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Surah Yassin dan tahlil yang dipimpin oleh Imam Nasrullah Abd Ghani. Seterusnya, Dr. Abdullah Ismail selaku Pengerusi MTTJ menyampaikan tazkirah ringkas. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada Team Dapur MTTJ yang telah bertungkus-lumus menyediakan juadah sejak pagi hingga petang demi menjayakan program pada malam ini.


Beliau turut menyentuh mengenai status tanah wakaf milik masjid yang kini dalam proses pecah geran. Menurut beliau, hasil pahala wakaf tersebut sudah pun dinikmati oleh para pewakaf, walaupun sebahagian daripada mereka ada yang telah meninggal dunia.


Program diakhiri dengan solat Isyak berjemaah sebelum para jemaah dijamu dengan hidangan yang disediakan oleh Team Dapur MTTJ.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama