
3 Oktober 2025 — Bertempat di dewan solat Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ), sebelum menunaikan solat Jumaat pada hari ini, para jemaah telah diberi taklimat ringkas berkaitan pencegahan denggi oleh Dr. Mohd Naqiuddin, Pegawai Perubatan Unit Vektor dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Temerloh.
Dalam sesi tersebut, beliau membentangkan statistik kes denggi di Malaysia, negeri Pahang dan khususnya daerah Temerloh. Daerah Temerloh menunjukkan terdapat penurunan berbanding tahun lalu.
Selain itu, Dr. Mohd Naqiuddin turut menerangkan mengenai ciri-ciri nyamuk Aedes yang menjadi punca utama penularan penyakit denggi, di samping menekankan langkah-langkah pencegahan yang boleh diamalkan masyarakat, antaranya menutup bekas takungan air, membersihkan kawasan persekitaran, serta menggunakan kaedah kawalan nyamuk secara berkesan.
Taklimat ini diharap dapat meningkatkan kesedaran ahli kariah MTTJ dalam usaha membasmi wabak denggi di kawasan kejiranan masing-masing.





Catat Ulasan