Kuliah Subuh 4 Mei 2025, Ustaz Hairulazam Abd Rahman

Tarikh Penceramah Tajuk
04/05/2025 Ustaz Hairulazam Abd Rahman

Nota Kuliah

 Surah Maryam 64—65

Dan (berkatalah malaikat): "Kami tidak turun dari semasa ke semasa melainkan dengan perintah Tuhanmu (wahai Muhammad); Dia lah jua yang menguasai serta mentadbirkan apa yang di hadapan kita dan apa yang di belakang kita serta apa yang di antara itu; dan tiadalah Tuhanmu itu lupa. (19:64)


"Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?" (19:95)


Surah Maryam ayat 64 hingga 65 menerangkan bahawa malaikat Jibril turun dengan perintah Allah. 


Nabi Muhammad SAW bahawa para malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat patung dan gambar. Dalam tafsiran oleh Ibnu Katsir, diriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah bertanya kepada Jibril tentang sebab kelewatan kedatangannya. Maka Jibril menjawab bahawa mereka tidak akan datang jika Nabi tidak memotong kuku, tidak mencukur misai, tidak bersugi dan tidak membersihkan celah-celah jari.


Jibril juga menyatakan bahawa para malaikat tidak turun melainkan dengan izin dan perintah Allah. Bagi Allah jualah segala yang ada di hadapan dan di belakang, dan Allah tidak pernah lupa. Dalam lanjutan ayat tersebut, diterangkan bahawa Tuhan yang sebenar ialah Allah, yang memiliki langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya. Oleh itu, Allah menyeru agar kita menyembah-Nya dan bersabar dalam melaksanakan ibadat.


Kesabaran dalam melakukan kebaikan amat dituntut kerana ibadat tidak boleh dilakukan secara sambil lewa. Ia perlu disertai dengan kesungguhan dan keikhlasan. Allah juga menegaskan bahawa tidak ada sesuatu pun yang setanding dengan-Nya. Allah tidak menyerupai sesuatu yang baharu, Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat, dan pendengaran serta penglihatan-Nya tidak sama dengan makhluk.

Gambar-Gambar
Nota
Gambar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama