
Tarikh | Penceramah | Tajuk |
---|---|---|
03/05/2025 | Ustaz Mohd Firdaus Mohd Azmy | — |
DOA
Dalam Surah Al-A’raf, surah yang ketujuh dalam Al-Quran, terdapat 206 ayat. Dalam ayat ke-23, Allah SWT merakamkan doa Nabi Adam AS dan isterinya setelah melakukan kesilapan:
قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ"Mereka berdua berkata, 'Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk dalam kalangan orang yang rugi.'"(Surah Al-A'raf, 7:23)
Kisah ini turut dirujuk dalam Surah Al-Baqarah ayat 35:
وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَـٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ"Dan Kami berfirman: 'Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dengan senang hati apa sahaja yang kamu berdua sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, maka (jika kamu mendekatinya) kamu termasuk dalam kalangan orang yang zalim.'"(Surah Al-Baqarah, 2:35)
Namun dalam Surah Taha ayat 120, disebut bahawa syaitan menggoda Nabi Adam:
فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَىٰ شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَّا يَبْلَىٰ"Lalu syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, berkata: 'Wahai Adam! Mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon kekekalan dan kerajaan yang tidak akan binasa?'"(Surah Taha, 20:120)
Syaitan menamakan pohon itu sebagai "syajaratul khuld" (pokok kekekalan), sedangkan Allah tidak menamakan pohon itu dalam larangannya.
Doa Para Nabi Lain
-
Doa Nabi Musa AS:
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي (25) وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي (26) وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي (27) يَفْقَهُوا قَوْلِي"Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah untukku urusanku, dan bukalah simpulan dari lidahku, agar mereka memahami perkataanku."(Surah Taha, 20:25–28) -
Doa Nabi Yunus AS:
لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ"Tiada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku tergolong dalam kalangan orang yang zalim."(Surah Al-Anbiya, 21:87)
Infaq dan Kisah Perang Tabuk
Dalam Surah As-Sajdah ayat 16–17, disebut tiga sifat orang beriman:
- Rajin bangun malam untuk solat dan berdoa.
- Berdoa kepada Allah dalam keadaan takut dan harap.
- Menginfakkan sebahagian daripada rezeki.
تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ (16) فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَّا أُخْفِيَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (17)(Surah As-Sajdah, 32:16–17)
Semasa Perang Tabuk, Rasulullah SAW mengajak sahabat untuk menginfaqkan harta:
- Umar al-Khattab RA: Memberikan separuh hartanya.
- Abu Bakar As-Siddiq RA: Memberikan seluruh hartanya.
- Uthman bin Affan RA: Menyumbang 1000 dinar dan 1000 ekor unta lengkap peralatan.
Para sahabat tidak mengambil semula harta walaupun perang tersebut tidak berlaku. Itulah keikhlasan mereka yang Allah sebut:
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ"Allah reda kepada mereka dan mereka reda kepada-Nya."(Surah Al-Bayyinah, 98:8)
Nikmat yang Tidak Terbayang
Sebagai ganjaran, Allah SWT menyebut tentang nikmat syurga yang tidak terbayang oleh manusia:
فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَّا أُخْفِيَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ"Maka tiada seorang pun yang mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka daripada pelbagai nikmat yang menyedapkan pandangan mata; sebagai balasan terhadap apa yang mereka telah kerjakan."(Surah As-Sajdah, 32:17)
Dan dalam Surah Al-Waqi’ah, Allah nyatakan pelbagai nikmat syurga yang indah untuk orang-orang kanan dan orang yang terdahulu dalam kebaikan:
فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ . ثُلَّةٌ مِّنَ الْأَوَّلِينَ . وَقَلِيلٌ مِّنَ الْآخِرِينَ"Mereka berada di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu dan sebilangan kecil dari orang-orang yang kemudian."(Surah Al-Waqi’ah, 56:12–14)





























Catat Ulasan