BKS MTTJ Agih Barangan Dapur Kepada Golongan Memerlukan



15 Oktober 2025 — Sekitar jam 10.00 pagi hari ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) Biro Kebajikan dan Sosial, Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassnal Ibrahim Alam Shah yang diketuai oleh Encik Ab Manaff Safien bersama barisan AJK iaitu Pn. Emy Nadiah Azman, Pn. Nurazmin Yahya, Pn. Zaleha Haron, En. Jasni Ismail, En. Azmi Ahmad, En. Borhan Mohd Marzuki, dan En. Mazlan Hanfiah, dengan bantuan Encik Normi, telah melaksanakan program agihan barangan dapur kepada penerima yang memerlukan di kawasan kariah.


Seramai 41 orang penerima hadir untuk menerima sumbangan tersebut, manakala 9 orang lagi yang tidak dapat hadir akan menerima bantuan mereka dalam masa terdekat.


Program ini merupakan salah satu inisiatif kebajikan oleh Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassnal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan dalam kalangan ahli kariah masjid.


Aktiviti agihan ini telah berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama